Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Saturday, May 12, 2012

SENDIRIAN...

SENDIRIAN...
Tidak bererti aku penuh dengan cerita duka
Terkadang merahsiakan sebuah kebahagiaan bersama
Hanya pandangan yang ku lontarkan kosong
Bersama hukuman yang menetapkan aku sendirian
SENDIRIAN...
Ku meletakkan suatu harapan
Menanti suatu kebaikan
Moga datang sesorang yang membawa sinar kebahagiaan
Tapi bisakah masa yang aku ada walau seketika
SENDIRIAN...
Bermainkan dimensi masa dan keadaan
Seolah menjerat sebuah rasa dan jiwa
Namun perlukah aku menagih rasa
Kerana hatiku sudah temiliki buat Si Pencita
SENDIRIAN...
Maha kaya perasaan ini
Aku menatapakan sebuah kerinduan
Tapi pada siapa untuk aku hamburkan
Kerana aku sendiri menerima hukuman
SENDIRIAN...
Iya aku akui aku pernah mengkhianati sebuah perasaan
Namun aku yakin dia berbahagia kini
Kerana aku tenang mendongak ke langit
Bukan kerana ego tetapi aku tak mahu lagi ada cerita sedih
SENDIRIAN...
Berada di dalam aksara ku sendiri
DImengerti dengan sulaman rasa
Jiwa yang membangkit tak pasti untuk siapa
Moga Kehapusan hiba akan berkunjung kembali
SENDIRIAN...
Mungkin belum tiba masanya aku bersama
Mungkin ini hukuman kerana pengkhianatan yang aku bina
Namun keredhaan itu lebih bisa mengubati segala
Moga dosaku ini terhapus dan membawa perasaan berslaah itu....................

Thursday, May 10, 2012

OUTDOORS ACTIVITY

Kebosanan tahap dewa melampau akhirnya wat skit aktiviti giler skit dgn budak2 club kereta plan memanjat broga hill, seawal 430am kami mendaki hingga terbit fajar pagi. Perginya 6 orang tp hanya aku dua orang saja sampai ke puncaknya nikmati lah pemandangan dari lensa ku yg tak seberapa........

Tuesday, May 8, 2012

BIAR




Aku tahu cinta ini bukan untukmu,
Aku mengerti hati ini bukan milik mu,
Aku tahu rasa ini hanyalah rasa ku
Rindu ku ini tak bererti di dalam hatimu
tapi tetap diriku takkan mati mencinta mu
Biarku simpan rindu ini
Simpan cinta ini  hanya untuk dirimu
Meski pun kau tak ku miliki
Tapi hati ini tetap cintaimu
selamanya   selamanya
diriku kan mencintaimu
Biar ku simpan rindu ini
simpan cinta ini, hanya untuk dirimu
meskipun kau tak ku miliki
tapi hati ini tetap cinta mu
selamanya  selamanya
diriku kan mencintaimu
Aku tahu cinta ini bukan lah untukmu