Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Monday, October 10, 2011

JUST WALK AWAY


I know I never loved this way before
And no one else has loved me more
With you I've laughed and cried
I have lived and died
What I wouldn't do just to be with you

I know I must forget you to go on
I can't hold back my tears too long
Though life won't be the same
I've got to take the blame
And find the strengthI need to let you go

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away

There'll never be a moment I'll regret
I've loved you since the day we met
For all the love you gave
And all the love we made
I know I've got to find the strength to say

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

Wednesday, September 28, 2011

HATI.........................SEBUAH UCAPAN CHENTA

HATI...
Bercerita pada malam
Mengenai Chenta yang pernah ditinggalkan
Malah kisah chenta yang pernah meninggalkan
Dalam berkisah air mata ku gugur
Jatuhan pedih malah tidak di mengerti di mana khilaf bahasaku

HATI...
Penantian ku mencari sebuah rasa
Pemantian ku yang penuh dengan rasa
Namun di manakah silapnya
Rasa semakin duka malah perit dan kontang
Mencari dan menunggu di mana Qaseh

Hati...
Aku berdiri keseorangan menyapu puing-puing angin
Namun aku sepi...dalam menanti sebuah hati
Perlukah aku berdiri malah hati itu semakin parah
Namun betah kah ku menunggu sedangkan ada dia bersama namun aku gagal mendakapi

Hati...
Ku pujuk dan terus memujuk dalam suatu kesamaran
Mencari sebuah rasa untuk dilengkapi
Aku penat dalam lelah kerana pedih melihat dan merasa
Aksara ku berputar mengatakan benar atau zuhud

Hati...
Betahkah aku untuk terus berlari
Sedangkan sayapku patah di sapu duka
Ingin ku berpatah namun takdir tidak mengizinkan
Aku harus melangkah kerana pedihnya hanya kalam yang bisa mengetahui

Hati...
Aku rindu pada tiupan angin rindu
Rindu dalam setiap pujuk rayu
Namun perlukah aku persetankan hati
Untuk kesian kali untuk menanti

Hati...
Manusia itu hidup kerana rasa
Dan mati di jemput Ilahi kerana rasa
Namun mengepa perlu aku merasa sepi
Menangis dalam memujuk hati yang semaki dalam dipanah

Hati...
Tiba masa aku akan pergi
Dijemput menjadi kekasih Ilahi
Namun kepada-NYA aku berserah
Mencari suatu etiqa bersulam luka

Hati...
Butakah aku ketika persetankan hati
Berubah kah aku ketika menunggu hati
Hinakah aku aku dalam menanti pasti
Bodohkan aku dalam mencari hati

Hati...
jika kau bisa bersuara
Jujurkah engkau dalam setiap khalam wahyumu
Mengapa aku berasa perit dalam menghela
Terasa sempit dalam setiap bahasa

Hati...
Penantian ku ini adakah suatu yg sia-sia
Namun aku percaya Qada dan Qadar itu
Jika wujudnya Qaseh mengapa aku betah menunggu
Setipa jawapam berpusing terpanah ke padaku

Hati...
Jika tekad ku ini suatu yang diredhai
Kau tunjunkanlah lorong untuk aku tujui
Kerana kepada-MU aku pasrah dalam setiap nada
Kerana aku ampuh untuk terbang lagi tinggi

Hati...
Jika jujurnya Qaseh dia pasti datang
Namun betahkah Chenta memujuk dan terus menaghpus rajuk
Kecil dan perasaan hati ku simpan sahaja
Bertawakkal ku dalam sujud

Hati...
Jika tahajjud ku tiada erti
Dan junataian zikir ku tak bermakna
Kau tuntutlah hatiku ini
Biar menganti sedih dan hiba mereka yang kehilangan hati
Dan gantikan hatiku kepada mereka

Hati...
Suatau rahmat dan rahim yang penuh dengan kasih sayang dan cinta
Semangat ku luluh dalam setiap bahasa
Kerana bahasaku menulis di iringi air mata
Aku redha dengan ketentuan-MU namun jangan kau lukai hati mereka yang membawa QASEH
Moga KAU tetap dalam tekadku dan bangun dalam setiap tahajjud ku pada-MU




Wednesday, August 10, 2011

SELAYANG PANDANG......TRANSKRIPSI HATI


Selayang pandang
Terkadang ilhamku sendiri entah tidak tahu kemana
Mencari diri dalam sebuah kepastian yang mendatang
Pelbagai rasa seakan terbang mencari hati yang akan bersarang
Benar apa yang aku rasakan atau sekadar sebuah satu sendaan

Selayang pandang
Aku bersenyum dalam nada kemanisan
Namun sepi jauh sudut hatiku tak siapa akan perasan
Sedihku bertandang dalam segenap ruang
Menyesali akan segala kesilapan di dalam perlakuan
Tapi benarkah kenyataan sedangkan jawapan pasti belum ketemuan

Selayang pandang
Perbahasan bahasaku belum lagi ada rungkaian
Mencari pasti agar segala jawapan
Dalam keadaan khilaf ku memandang
Apakah benar aku berada pada satu landasan
Atau sekadar satu permainan jiwa yang bakal parah di toreh perasaan

Selayang pandang
Jiwaku seakan terpujuk dengan senyuman
Budi terjamah dengan kasih saying
Namun mengapa setiap penyataan harus ku dengar dari insan yang disayang
Bukan meniti dari bibir tuan yang benar di pandang dalam nada perasaan
Inginku nyatakan dengan perasaan tapi siapa aku untuk bertanya sedemikian
Kerana aku sendiri kelu dalam mencari kepastian
Setiap soalan pasti ada pengantungan

Selayang pandang
Aku menolak setiap cinta yang terbutuh padaku
Kerana aku yakin cinta ini hanya untuk insan yang memerlukan
Keyakinan aku melebihi dari suatu kekuatan
Menanti pasti itu satu kepuasan kerana aku sering menanti tanpa ada hirauan
Terkadang terdetik hati kotor benarkah apa yang aku lakukan
Namun hala tuju ku ada laluan kerana perancangan tetap dalam ingatan

Selayang pandang
Jika tercoret hatiku langkah teratur menata jauh
Meninggalkan segala menjadi kenangan
Bukan sementara tapi jangka masa yang melampau dalam setiap huraian
Kerana soal hati bukan permainan bakal ku tempuh untuk memujuk dalam carikan
Namun setiap langkahku terkandung kasih sayang
Bukan seorang tetapi bagaikan sebuah keluarga yang sempurna dalam ikhtikad

Selayang pandang
Aku menata setiap percakapan
Aku merasa dalam setiap janjiku yang ku luah
Aku menerima dengan kalam
Aku memberi dengan kalam
Mana mungkin aku memungkiri ikhtikad ku kepada MAHA PENCIPTA
Kerana binaan hatiku ini datang dari-NYA
Apa yang pasti penantian ku adalah kerana-NYA
Setiap juntaian rindu ku hanya kerana-NYA
Setiap rasa ini hanya hadir kerana-NYA
Namun hubungan menegak ku bangunkan
Pastikah aku hubungan melintang ku menjanjikan hapusan setiap butir air mataku
Cintaiku kerana fitrah-NYA dan lafazkannya dalam setiap nada zikir-MU
Kerana aku hidup dalam binaan asas ciptaan-NYA
Sampai masa aku juga akan pergi ketemu bertemu-NYA
Berikan kasih sayang mu kerana aku di sini memuja bukan kerana rupa,harta dan kedudukan
Tapi aku memuja kerana kalam-NYA terlukis namamu dalam memanah kehatiku……

CHENTA MENUNGGU QASEH SAMPAI DI HUJUNG TITIAN SIRATULMUSTAQIM WALAU APA YANG BERLAKU KEDUDUKAN INI TETAP TAK MERUBAH APA-APA……………………………

Sunday, June 5, 2011

penantian...... garapan chenta

kisah bertemu sebuah cinta
menjadi sebuah catatan indah dalam setiap rasa
namun persahabatan sebagai teman membibit sebuah rasa
inilah kisah antara QASEH & CHENTA

kepergian QASEH meninggalkan sebuah rasa
mengundang rindu dalam ketiadaan bahasa
mengalir sepi setiap hari titisan airmata
menanti dan mencari dalam setiap baitan kata

CHENTA menunggu dan terus menunggu
setiap rasa mengundang rasa sengsara
namun ketabahan hati menyebabkan rasa ini diserah kepada Allah maha penguasa
kepastian pasti tiba buat si CHENTA dan merindui QASEH yang hakiki

setiap titipan rasa di rindu
menanti dengan penuh janji yang pasti
walau besar dugaan yang datang tiba
namun tetap tabah di hati dan kukuh rasa sayang CHENTA hanya milik QASEH

namun terkadang badai datang melanda
CHENTA tetap sabar buat si QASEH
namun QASEH tidak pernah mengabaikan si CHENTA
setiap titipan air mata CHENTA akan disapu angin titipan semangat si QASEH yang berjauhan

QASEH sentiasa kuat kerana CHENTA sering menitip semangatnya bersama QASEH
jatuh dan bagun QASEH sering kali tidak pernah melunturkan semangat CHENTA
kerana CHENTA sering ada di sisi buat si QASEH
kerana itu CHENTA sering menGhalalkan setiap zuhudnya buat si QASEH

Namun dengarlah wahai QASEH
hidup mati CHENTA hanya untuk QASEH
Jika darah yang mengalir ini berhenti sekalipun
izinkan CHENTA menunggu QASEH kerana CHENTA takkan pernah berhenti untuk terus menunggu
mooga hidup dan penantian CHENTA ini hanya untuk QASEH
Jika penantian ini suatu pengakhiran buat kita
CHENTA tetap menunggu hingga nafas terakhir hidup ini......
moga ALLAH mendengar setiap tatapn doa ini untuk QASEH
Insyaallah penantian ini suatu ujian buat CHENTA & QASEH

Tuesday, May 10, 2011

IStilah ERTI SEBUAH ERTI CINTA

Ramai org bertanya padaku apakah erti cinta dari prospek pandangan mataku
"Jawapan aku semudah bicara selembut bahasa ia adalah fitrah"
Benar ku dalam iktikad dan lohmahfuz kerana cinta aku hidup dan dihidupkan dan kerana cinta juga aku mati dan di matikan.
Mengapa perlu ada cinta?
Manusia tak boleh hidup tanpa sebuah sifat yang sempurna kerana manusia sendiri yang tidak pernah menyempurnakan sifat dalam pendirian mereka

MEngapa perlu ada yans sakit kerana cinta?
Kerana konsep redha dalam taqwa tak pernah tersemat dalam jiwa
Terkadang org memandang aku mudah berbicara semudah bahasa
Tanpa berfikir ada perasaan insan yang mendengar
Tapi perlukah aku fikirkan hati manusia sedangkan hati aku sendiri tak pernah dipedulikan bila lantang berbahasa?

Benarkah cinta itu buta?
Tanya pada akal tanya pada hati apa yg kau fikirkan apa yang kau cari dan dibekalkan
Kerana bagi aku cinta itu tak pernah buta
Kerana cinta aku senantiasa celik utk menjaga dan bersedia
Pengalam penuh mendewasakan walau sering dahulu aku bertukar rasa
Mengapai nikmat erti sebuah erti cinta
Tetapi aku tak pernah putus dalam berdoa
Mencari helaian tepat meletakkan cinta
Dan kini aku rasa kaki ku terasa benar terlangkah pada sesorang yg benar menagih cinta

Kejam kah cinta?
Cinta tak pernah sekejam manusia
Kerana huduh nya cinta adalah tercorak dari org yg merasainya dan menyelami erti cinta
Adakah fitrah Allah ini suatu yang kejam dan huduh?
Tidak sama sekali
Fitrah ini suatu nikmat di dalam berkat
Jadi hati lah yg layak utk menilai dan rasa

Bagaimana membuktikan cinta?
Bukan sekadar selembut bahasa
Dan bukan perantaraan melalui tulisan
Cinta adalah perantaraan jiwa
Yang bisa terzahir dari pandangan mata dek kerana kejujuran
Yang terzahir dari setiap perlakuan dan sedap pandangan
Dan terbisa didalam hati kerana cinta itu suatu rahsia
Dan inilah di katakana kenikmatan sebuah erti cinta
Mengapa perlu takut kerana cinta
Kerana ia datangnya dari si maha pencipta
"TIDAK AKU JADIKAN SESUATU ITU DGN SIA-SIA"
Inilah firman Allah dan janji-NYA
mengapa perlu dicerca sebuah erti cinta
kerana dari cinta hidupnya alam ini
Dan kerana cinta jugalah Kita hidup dan mati
FIKIRLAH WAHAI CUCU ADAM...............................

Sunday, April 24, 2011

PANAHAN HATI

Sebuah rasa menguntum sukma
Tak dapat ku hindar apabila menusuk jiwa
Akan ku akur dengan segala
Kerana inilah sebuah fitrah yg subur dari jiwa

Dia pergi meninggalkan sebuah duka
Namun terasa hanggatnya jiwa dalam memendam rasa
Ku sahut sebuah kuntuman mesra
Dan harus ku akui inilah panahan cinta

Mekar rasa terasa bernyawa
Dikala aku bersalut duka
Dia hadir membawa cahaya
Namun aku pasrah dalam redha

Benarlah pujangga berkata
Semua cinta itu buta
Namun ku membantah dalam seruan jiwa
Cinta aku tidak tuli dan sentiasa bermata

Aku celik dalam merasa
Aku peka dalam berbicara
Aku meruntum bila terasa hiba
Adakah ini dikatakan buta

Dimensi aku sering berputar sekata
Mencari suatu sasaran jiwa
Tepat sungguh panahan asmara
Dan kini aku akui benarlah aku miliknya…….
Selamanya…………………..

Monday, March 28, 2011

LANTERA RASA

Aku bertemu di simpang rasa
Mementerai segala cinta
Disaat aku berasa hampa
Takkan ada cinta di dslam jasad rasa

Tatkala pintu berarak menutup
Aku bertemu sebuah lantera
Memacu rasa menghidupkan irama
Sebuah cinta tecacar merasuk minda

Taqsim yang bergema menusuk jiwa
Denting gambus semerdu irama
Tarian jiwa menemukan rasa
Inilah dikatakan lantera Jiwa

Tanggal 11/01/2011 menjadi wali
HAti terjerat dalam satu sanubari
Menyala hidup dalam setiap pembuluh hati
Sedangkan termetrai utk sehidup semati

Nyalaan cintaku tak berhias indah
Sayangku dipagut rasa berhikmah
Memisahkan dua rasa dalam satu jiwa
Ini lah takdir yang aku terima pasrah

Nun disana perasaan ku mejauh
Menanti di sini kembali kasih bersauh
Namaun apa ku rasa sakit nya itu terlalu jauh
Bagai ku hanyut tak bertempat utk bertaut

Lantera ku pasang tak juga bernyawa
Basah dek mungkin kerana air mata
Mengapa lah perlu aku bernyawa
Sedangkan hatiku tak ada serinya

KEmbalilah indahku wahai sang pencipta
Aku merayu dalam tawaduk rasa
Pulangkan lantera rasaku seceria semula
Moga doa ku mati dalan setiap sujudku wahai penguasa semesta.......................