Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Wednesday, January 26, 2011

MATI

MAti
Bila izrail datang bertandang
Hidup ini seakan kaku dalam berkata
Pucat ditoreh luka dalam mata bergenang
Mencari sinar sekwdip waktu berbicara

Mati
Datangnya dalam penuh rahsia
Mengikat janji pada yang bernyawa
Seolah perjanjian seerat dari adam dan hawa
Kerana kita juga milikan yang Esa

MAti
Kehidupan itu bermula dgn mati
Dikarang ilham si para wali dan sufi
Berakhir hidup juga perkara yang mati
Itu janji selepa dua kehidupan kita tempuhi

Mati
Sunyi dan suram mengiringi hati
Adakah Iman penuh utk kita menempuhi
Alam yg panjang menanti pasti
Kerana itu merupakan kandunga lohmahfuz nadi

Mati
Setiap yang bernyawa pasti kembali
Selepas di hidupkan kepadanya kita kembali
Kembali kepada zat pencipta yang penuh hakiki
Untuk kita dinilai adakah pernah kita menzalimi Hidup ini?



Mati
Akal ku betanya pada hati
Apakah nilai iman ku untuk dihitungi
Adakan mencukupi untuk di hisab nanti
Kerana jasad ku Islam namun perbuatan ku terlampau melebihi

MAtii
Hanya rahsia ku tergantung pada sidaratul muntaha
Pohon berahsia penuh dengan segala cerita
Bila tiba masaku hanya Allah mengetahui segala
Kerana aku khilaf tak seperti malaikat yang dicipta

Mati
MOga Allah kurniakan ku perjalan yang sempurna
Kerana dari-NYA aku hidup dan bebas bernafas
Dan kepada-NYA aku mati menyerah hatiku dan jasadku segala
MOga Shafaat Muhammad membantu ku dari keperitan segala

MAti
Aku redha jika itu suatu kepastian
Kerana aku membutuhi janji Allah kepada makhluk-NYA
Memegang azimat dalam segala hal yang penuh keajaiban
Moga Di dalam hati hanya syahadah menjadi pembuluh nadi kepada-NYA
Untuk kuterus menundukkan kepala ku pada sejadah menghadap-NYA….

Saturday, January 22, 2011

HANYA CATATAN BIASA

MENGAPA ADA CINTA
tatkala aku menutup hati berhimpun duka
bak terasa bahang meletup menutup jiwa
air mata pasrah betulangkan nista
rasa berparah sayap syahdu terbang bak sang helang

PERLUKAH ADA CINTA
tika hati di lamar sepi
bila cinta mula kala hadir
rasa seperti diawangan tinggi
mencerlang awan bak bahtera megah dinakhoda sang mentari

RASAKAH CINTA
bila nista bertukar rasa
bila hati dipagut pawan
benarkah rasa bertakhta jiwa
mencari sinar dalan kesamaran

JUJURKAH CINTA
tatkala aku meninggal segala
membawa hati sekeping duka
lamaran hadir bagaikan cahaya
mengamit rasa menjerat jiwa

ADAKAH CINTA
bila pernah aku di dusta
tika rasa membunuh jiwa
aku lumpuh rebah mencecah bumi yang mewah
menatap egois manusia dalam menagih rasa erti sebuah cinta

NIKMATKAH CINTA
di kala aku di nista dunia
mata mencerlang memandang aku seperti sampah
aku rebah lumpuh luluh segala wajah
mencari sinar dalam menegakkan sekeping rasa
membasahi hati dengan sebuah rasa bertawaduk

APAKAH ITU CINTA
tatkala hati ku dipagut nikmat
dalam ranjang berbekas firasat
mencari dalam cermin kaca kehidupan
aku pasrah menanti sebuah kepastian
moga pintu hati ini terbuka luas buat segalanya
menerima semua dalam rantaian LAILAHAILALLAH...............

Saturday, January 8, 2011

SEDIH ITU PERGI

Allah mencipatakan satu rasa
Allah menyematkan dalan hati akan rasa
Allah maha menentukan segala-galanya
Maha Mulia segala ciptaan-NYA

Tatkala malam bermusim luruh
Hati bersarang duka
Seakan lupa kita kepada maha pencipta
Namun titisan air mata ini tak pernah surut

Allah maha mendegar dia lagi maha mengetahui
Tapi betah ker hati berkata dalam menerima
Setiap sedih betempur duka merupakan sebuah anugerah terkata
Teguran maha pencipta tak terucap gamaknya
Menanti betah akal dalam memikirnya

Sedih itu pergi
Berganti kini dengan sebuah rasa
Cinta anugerah yang esa
Kurniaan rasa dalam samaran-NYA

Subhanallah sehingga bila aku harus menutup rasa
Jika betah hatiku merela hadir nya cinta
Tapi bisa kah kegembiraan ini diragut duka
Kalamullah hanya yang bisa memendam rahsia

Moga rasa ini terus berkembang murninya
Dalam setiap rentetan duka
Aku berserah kepada yang Esa
Moga inilah rasa cinta yang sebenarnya..........................

Monday, October 25, 2010

PAHIT KU TELAN JUA

berbicara lagi
hati ku ini benar solah dipagur sendu
resah ku menanti jawapan yg pasti
soal hati tak bisa aku pendamkan
lantas bahasa saja yg bisa yg mengungkap kata seribu makna

Sedih..........
tatkala air mata ku ini bisa di sapa kebahagiaan
tak ku sedar didlm mata ini membisikkan seribu duka
aku gagal rupanya dlm perjuangan memujuk hati

Cinta.....
aku benar2 kali ini jatuh cinta lagi
namun dimana mahu kuletakkan
aku tidak bisa berlaku curang
kerana aku cuba belajar erti setia

pahit.....
ku telan semuanya
sedarku aku hanya manusia biasa
yang tidak boleh selalu memujuk hati
namun bagaimana jika segalanya
hanya air mata membaluti duka

tuhan...
ko memahami diri ini
jika kesempatan yg kau ada buatku
hadirlah nur dlm jiwaku
kembalikan ceria ku selalu

resah....
ku mengira waktu dan detik
setiap saat dan masa
seolah mengeji aku
mecaci aku
namun aku tak mahu terjerumus utk kelembah nista

moga aku menemui cahaya utk memujuk hati ini....................

Tuesday, September 21, 2010

PERSETANKAN HATI

PERSETANKAN HATI
Bila kebahagian tidak bisa menjadi miliku lagi
Bila aku tersungkur menghadap bumi
Bila Aku dipagut rasa kecewa
Bila aku tidak bisa merasa hangat mentari di alam

PERSETANKAN HATI
Saat aku hilang cinta mu
Saat aku tidak lagi bisa menghambur tersenyum
Saat aku tiada daya untuk mempercayai cinta
Saat rasa menjerut kata
Saat bahasa tidak seindah bicara

PERSETANKAN HATI
Tika sujud aku tidak lagi sekusyuk syahadah
Tika air mata ku gugur menghambur teriak
Tika melihat kebahagiaan
Tika aku di minta pergorbanan utk kebahagiaan org lain
Tika itu aku terhenti untuk meninggalkan rasa terbuku

PERSETANKAN HATI
Bisakah hati ku ini penuh dimengerti
Bisakah rasa ini terkumpul segala bersama
Dalam menyemai bahagia aku terkesima
Dengan permainan yg tak berwatak
Letih Menyaksikan
Tidak ku sedar air mata ku lebih mencerita dari gerak bahasa ku ini

PERSETANKAN HATI
Usah diragui hati ini dan ketika ini
Kerana hati ini bekunya belum tahu panasnya
Cairan dari tubir mata tak bisa sesiapa meyangkalnya
MEngapa sering aku merasa menjerat rasa terpagut duka
Sedangkan aku cuba membahagiakan segala
Apakah pengorbanan ku in isekdar sia-sia
Tiada ku minta di hargai malah aku mengidamkan difahami
Hanya rahsia ini tersemat dalam hati ku yg ukhrawi...................

Wednesday, September 8, 2010

GARAPAN BIASA DARI SEBUAH DUKA

USAH DIRAGUI
Mengapa hati ini sering dicubit
mengapa hati ni sering ditangisi
mengapa hati ini sering terguris
mengapa hati ini sering di tampar kecewa

USAH DIRAGUI
adakah ku kesilapan ku sering dipandang berat
sedangkan hati ku hanya untuk dia
aku dinodakan dengan permainan lakonan mereka
dirosakkan dengan pukulan nada sandiwara direka

USAH DIRAGUI
perang yang bertandag di hati ko harungi
tewas ku tanpa bersuara kerana diammu
aku terikat dan terhukum tetunduk
kebisuan mu membuntu kan kata bak lidah ku kelu tertikam

USAH DIRAGUI
malam ku tak disinari punjanngga
syair beradu ku ternoktah dengan madah yg perit
ranjang ku tak sehangat biasa lagi
kerana tercalit nista bisa yang memusnahkan rawan ku
gagal ku berdiri membela akan kemahuanku
bisakah ghairah senyuman ku menutup segala amarah ku

USAH DIRAGUI
siang ku seolah tak segah pelangi
mentari yang hanggat ku terasa seolah hilang hanggat
kerana air mata ku akan mengalir tika bumi berduka
alam seolah kelam saperti menantap syahdu hati ku

USAH DIRAGUI
bisakah seseorang hadir memancarkan sinarnya
agar malam ku di hiasi gempita
siangku segah firdausi lamannya
dan hatiku di pujuk gembira
dan bisa senyman ku ikhlas tercacar di seiap genap rasa
moga ia hadir sendirinya............................

HUJAN LAGI HATI INI ~Sudutku mengungkap


HUJAN LAGI HATI INI
Sering ku merasakan kepahitan itu
Namun pada siapa harus ku meluahkan
Larian safa tak siapa yg mendengar rintihan jiwa
Marwah seakan penghujung bagi kebuntuan

HUJAN LAGI HATI INI
Namun seolah tahajjud ku kabur dalam mengapai bahasa
Hati pedih ini ku pujuk
Terperosok  merajuk tiada seindah bahasa lafaz kata
Bak merintih hiba setiap detik yang berputar

HUJAN LAGI HATI INI
Jiwa ku runsing dalam merungkai
Bahasa ku terhenti seketika
Hanya laluan jibril yang menguatkan hati
Lantas berbisik pegangan mu diamana?

HUJAN LAGI HATI INI
Manusia tetap manusia
Terkadang alpha dengan layanan duniawi
Dosa yg mendatang bagai menhimpit jiwa
Namun rupanya aku rebah di hadapan pintu syurga
Tak tergapai kaki ini menjejak bauan firdaus

HUJAN LAGI HATI INI
Sepi…….
Hati ini meratap kepergian
Linangan hujan mata ini tidak kebah
Bisa seakan meragut senyuman
Namun ukiran wajah ku tak menyatakan apa yang ditelan

HUJAN LAGI HATI INI
Nangis…..
Kontang sudah tubir ini
Tiada siapa yg memujuk sehingga mentari muncul
Namun nur pelangi membawa cebisan duka
Ikhlas kah aku menerima hakikat
Bahawa keputusan kepergian ku
Adalah menuntut kebahagian di siratul mustaqim

HUJAN LAGI HAGT INI
Kering…..
Kuatnya hati ini kerana lafazan syahadah ku
Kuatnya hati ini kerana ibuku yang penuh kedut duka
Kuatnya hati ini kerana rakan ku bercanda duka dan tawa
Kuatnya hati ini kerana kehidupan ku yang panjang

Kusapukan kedukaan ini
Kucampakkan ia ketengah lautan
Sehingga ke hujung pertemuan nil putih dan biru
Namun aku pasrah
Kerana aku yakin
DIA MENANTI PASTI
Buatku….
Ibuku….
Rakan-rakanku……
Dan kehidupanku…………………