Lelaki...
Walau kekuatan sering terpancar
Tak bermakna kelemahan itu tengelam dalam keegoaan
Akan tetapi maruah dipertahankan
Demi menjadi pelindung dan peghulu buat tersayang
Lelaki...
Terkadang hatinya sendiri menangis
Mentafsir rahsia bak sejuta bahasa
Tak terungkap kekadang dgn kata-kata
Walau bahasa tercipta untuk bersuara
Lelaki..
Terkadang egonya melebihi dari segalanya
Terkadang dia mempuyai kasih dalam egonya
Merungkap satu lafaz syg adalah permata buatnya
Membutirkannya terlalu sukar dilaksana
Lelaki...
Susuk yang diciptakan Allah untuk pelengkap
Namun kelemahnnya itu sendiri kerana terperangkap
Tak sesiapa memahami suara jantan yang terperap
Mencari kebebasan dalam diri dari sudut yg segenap
Lelaki...
Agak sukar mentafsikan rasa dgn bahasa
Namun perhatiannya anugerah Esa
Pelindung menjadi satu asas nadinya
Akan tetapi terkadang hatinya terluka
Lelaki..
Kesepiannya tak siapa peduli
Kerana org yakin dan membangga diri
Di dalam nadinya terkadang menjenggah sepi
Tak siapa memahami hanya penguasa alam ini............