Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Monday, March 29, 2010

DISKRIMINASI, PROVOKASI DAN KONTROVERSI


Mengapa perlu ada diskriminasi? Sedangkan setiap manusia ada cara tersendiri Pantang bertemu ada saja yg tak puas hati salah ker manusia dengan cara tersendiri

Dalam perjalan harian Provokasi dan diskriminasi sering ada Tak pernah puas dengan apa yg ada
Komen dan ayat mesti terpacul Kalau berserta penyelesaian situasi tak per juga

Teman2 ku sendiri penuh dgn provakasi dan diskriminasi Terutama golongan yg digelar HOMOSEKSUAL,TRANSEKSUAL, DAN CONFIUS DGN GENDER MEREKA Bagi aku penerimaan manusia ada pelbagai persepsi Nak kata aku moden tak juga mungkin didikan aku dari kecil supaya hargai dan hormati pihak lain

Ibuku sendiri tidak kisah aku berkawan dengan teman yg penuh DISKRIMINASI DAN PROVOKASI Sehinggakan org yg tak biasa dgn caraku mengundang kontrovesi Salah siapa mereka bergini Nak ditunding jari tak capai dek sasaran sendiri

Aku benci pada DISKRIMINAS DAN PROVOKASI yg tak berprinsip Apa salahnya berfikir sama menyelesaikan KONTROVERSI Menjadikan fikiran lebih tajam meletakkan sikap hormat Berkawan beribu tak berguna kalau terus mencari KONTROVERSI Sehinngakan jawapan tak pernah nak diberi Sebab dan musabab jadinya bergini tak siapa mahu menonjolkan diri

Aku menghormati golongan begini Dan rata2 mereka baik sekali Menghormati sikap dan penerimaan aku tersendiri Namun yg mahu berlebih2han akan buat mereka terpinggir diri Tak kisah lah nak dikutuk apabila mereka bersama kami Tapi jgn dipandang serong golongan begini Sebab hidup tak lah se 'perfect' membangga diri Aku menhormati Prinsip dan ketekunan mereka dalam menangkis KONTROVERSI

Salah sisi agama pernah benar terang sekali Namun Qada dan Qadar tertulis sejauh ini Bagaimana harus yg mengundang DISKRIMINASI DAN PROVOKASI sebab mereka menolak Qadar dan Qadar itu sendiri Jangan dibicara iman itu Kelak ia tidak ternilai dek manusia sendiri lantas boleh menjerat diri

Pedoman sebagai manusia dan pegangan harus terpatri Supaya kukuh di sudut hati Jgn suka mengundang KONTROVERSI kerana golongan sebegini ada yg celik dgn islam itu sendiri Kadang kala yg berpelajaran agama yg tinggi turut rebah ke dalam pergelutan duniawi ini

Penat dan lelah dalam menjawab pandangan serong selama ini Namun perlukah berpandangan se'negative' ini Tak slah cuba mengahayati hati mereka ini Tak perlulah samapai nak ubah diri sendiri Cara dan asas diri harus kuat menjadi diri sendiri

Sehingga ke hari ini pemikiran yang jumud terus mengundang KONTROVERSI Apalah slahnya klu berfikiran terbuka sedikir bagi ruang hati tu sejuk sikit dari perasaan busuk hati Tak salah jika mahu DISKRIMINASI DAN PROVOKASI tapi biar berpada bak hormati Cermin peribadi memang pada org yg memerhati Namun komen dan cara penyampaian biarlah sampai tiada yg sakit hati Ni klu mem'PROVOKASI' ibarat dia raja di hari ini

Aku berbicara bukan nak membela sesiapa di sini Namun kerana aku bergaul dan berkawan dgn golongan seperti ini Aku menghormati setiap cara mereka merapati diri ini Namun waspada utk tidak terikut itu perlu tinggi sekali Mereka sendiri perlu menyenangi diri ini Supaya mereka tidak terasa hati dan menyendiri Jadi apa salahnya runtuhkan tembok ego tu sedikit Bagi ruang untuk hidup aman damai di sini Ingat semua hidup hanya sekali Hayati,degari ,dan fahami apa yg tuhan berikan utk meletakkan hala tuju hidup ini................................

Friday, March 26, 2010

persoalan kehidupan???

terdetik aku menulis utk malam ini seteleh membacakan sebuah cerita dari dasar hati seorang teman yang aku anggap cukup ceria di universiti aku, benar aku terkejut dan aku fahami betapa peritnya apabila kemurungan itu datang dari dalam diri kita, susah untuk melupakan apa yang di rasa persoalan terus tertanya dalam kehidupan kita adakah harus kita mebcari jawapan atau kita harus meninggalkan persoalan tanpa jawapan.....hurmm... byk yang manusia kalut dalam mencari jawapan kepada sesebuah persoalan....air mata dan duka sering menjadi peneman kepada diri kita dalam melyari bahtera sebuah kehidupan, tapi sampai bila? kita ingin terus berduka?. Jawapan sebenarnya telah ada dalam diri kita cuma kadang2 kita kalut untuk meneruskannya kerana diri kita sendiri tak pasti tindakan dan jawapan yang kita pilih. Manusia hanya pandai mengkritik dan menyalahkan kehidupan, namun perasan kah mereka kadang kala persoalan itu berbangkit jua dalam jiwa mereka cuma ego dan sikap hasad dengki lebih menguasai segala, ya benar aku pernah juga berduka dan sehinggakan aku kalut untuk membiarkan duka aku itu menguasai persekitaran ku yg selesa, aku sering memendamkan duka dan pancarkan gembira, adakah aku seorang hipokrit?, entahlah aku sendiri kalut dalam menyatakan jawapan kehidupan ini, hanya yg bisa mengubati duka hanyalah diriku sendiri tiada yang lain. Aku menghayatkan kehidupan ini dari mata penglihatan ku sendiri, kerana aku menggangap persekitaran aku adalah cermin dalam membentuk peribadi ku kerana aku tak bisa melihat apa yang aku lakukan tapi kritikan org lain itulah yg mengajar ku erti dan jawapan kepada kehidupan. Tak perlu melenting dan tak perlu amarah kerana kehidupan itu kita yang mereka benar kata william sheakspeare "dunia adalah pentas lakonan dan kita adalah pelakonnya, skrip sudah jelas tertulis dan peranan watak kita dalam mengharunginya" konteks ayat yg cukup luas dalam menyatakan persoalan kehidupan ini namun aku percaya sekiranya kita mendengar, melihat dan menghayati kita akan jumpa jawapannya kerana tiada sesuatu yg berlaku itu tanpa sebab macam kejadian lagit dan bumi juga seperti itu juga manusia khilaf dalam segalanya tapi harus diingati bagaimana pun mencari kehidupan janagan sampai terlepas dari tali pegangan-NYA kerana menyoroti kehidupan itu terlalu byk panca robanya sehinggakan kadang kala kita jatuh terus kebawah namun kita harus kuat utk bangkit kembali kerana hidup ni putaran roda yg indah hargai setiap detik dalam kehidupan ini kerana kemanisa hidup itu adalah dtg dari sorotan kitab kehidupan diri sendiri......................

Tuesday, March 23, 2010

APA YG TERSIMPAN DLM LUBUK HATI INI???

Sering aku di ajukan soalan yg kadang kala memningkan kepala ku siapa kah aku dan apakah status relationship ku? entah lah apa yg harus ku nyatakan kepada mereka sedang aku sendiri tak pasti dengan jawapan aku sama ada aku ini masih dalam perhubungan atau aku ini seorang yg single....

Nak dikatakan aku bercinta entah lah sebab aku sendiri hilang hala tuju kehidupan aku bertanyakan pada diri aku adakah aku ini masih single atau pun sudah dimiliki....bukan kerana aku takut saham aku runtuh atau mendadak naik tapi aku risau mengharapakan suatu yang tak pasti akan kehidupan ku ini.

Benar aku pernah di uji betapa hebatnya cinta tapi kisah cinta aku itu sudah lama berlalu jauh, 2 tahun setengah kisah cinta aku sebenarnya senang cakap aku benar2 terluka yg amat sgt dan aku serik sesangat nak memulakan lagi.

 Sebagai manusia benar aku memerlukan kehadiran sesorang hadir disisi menyatakan gerangan luahan rasa yang aku pendam dan berkongsi kasih syg, tapi aku tahu aku khilaf dan lemah dari segalanya .
Susah bagi aku nak merasakan kehadiran cinta itu kerana aku sendiri telah membuangkan hati ku jauh dan mereka harus membawa dan mengajar aku kembali cinta itu bagaimana..

Kesdihan sudah lama manjadi sehabat karib ku dan setiap kali aku bersedih hanya laut sebagai peneman setia ku, aku mempunyai ramai kawan dan sahabat namun sampai bila aku harus bebankan mereka  dgn maslah mereka sendiri terus menghimpit dan membebankan mereka.

 CInta itu mmg aku anggap mulia sebab ia datang dari ALLAH dan ia merupakan fitrah yg ALLAH anugerahkan buat sekalian manusia-NYA demi merapatkan hubugan silaturrahim namun apakan daya permainan lakonan manusia lebih hbeat dari itu memperdayakan cinta utk ku yg lemah dari segala sisi ini.

 Aku kekadang sampai semua ada org yg mengatakan aku players dansering mempersendakan cinta, apakan daya aku bila mula mahu serius dengan cinta ada saja permainan yg menyakitkan hati ku ini apa sila dan salah aku tu sebab aku serik kot dgn cinta namun aku akan terus mencari dan mencari dan aku yakin ada yg menunggu ku di hadapan namun cuma satu jer yg cinta itu kekal utk aku iaitu datang dari ALLAH S.W.T yang aku ngadu dan bermanja dgn-NYA.............




Tuesday, March 16, 2010

KESERONOKAN BERGELAR FLIGHT ATTENDANT


Hari hari yang ku alami
Ada satu yang perlu ku kecapi
Bagai layang-layang yang putus tali
Akan ku teruskan mencari
Siapakah diri ini?

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku ini lah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu

Tiada lagi resah untukku
Tiada lagi rasa malu
Apa yang ku mahu apa yang ku tahu
Hanya mencari diriku
Oh.... 
Siapakah diri ini?

hurmm sering kali kalau berpeluang pergi ker airport KLIA atau LCCT pasti akan tidak terlepas mata ini untuk menyasikkan flight attendant yg terkedek-kedek menyusun gerak langkah menuju ke balai berlepas tak pun ada juga muka penuh keletihan kerana bebanan kerja sepajang penerbangan, namaun senyuman mereka tetap mekar untuk dilemparkan kepada org yg memerhati dan menunggu penumpang yang tiba dan untuk berlepas.

Namun kehidupan sebagai seorang flight attendant sering disalah ertikan oleh org ramai, dan sentiasa mereke dilemparkan dengan kata2 yg memedihkan. "alah setakat pelayan kapal terbang jer sama jer dgn pelayan restoran", tapi org yg sebegini tahu ker bagaimana berisiko nyer kerja mereka walau sebagai pelayan penumpang di dalam pesawat.


Tapi bergelar flight attendant ni  juga suatu yg agak memuaskan kerana setiap hari duty merupakan hari perlancongan bagi mereka bukan sahaja bercuti di dalam negara malahan hampir kesuluruh pelosok dunia mereka  jelajahi. Akan tetapi kerja yg tidak menentu dan masa rehat yg agak terbatas kadang2 membuatkan bergelar flight attendant ni suatu perkerjaan yang tiada life  tuk diri sendiri kerana keseluruhan masa berada di udara yg tinggi.




Setiap manusia mempunyai impian dan cita2 tetapi jgn disangkakan bergelar flight attendant setakat SPM sahaja ada juga golongan mereka ini dari golongan cendiakiawan terpelajar sesangat, walau betapa tinggi mereka meletakkan taraf hidup mereka apabila berkhidmat di dalam bidang profesional ini ego dan sikap 'double standard' mereka haruss di tinggalkan tak kira siapa mereka anak raja,dato,tan sri atau pemegang ijazah sekalipun mereka harus lakukan segala routine duty dgn amanah....





Perjalanan yg jauh bagi mereka juga kadang2 amat memenatkan namun apakan daya minat dan punca rezeki bagi sesuap nasi mereka atas di atas sana dan mereka harus berjuang demi meletakkan taraf kehidupan mereka kepada kehidupan yg dipandang oleh mata masyarakat sebagai org yg bertaraf hidup bermaruah. Jadi tak perlulah dipandang serong mereka ini kerana mereka adalah manusia juga seperti kita dan mereka juga hidup sebagai manusia yg biasa juga apabila mendarat di tanah yg rata..............




Biarkan Aku Merinduimu




Dosakah aku menyintaimu
Dan itu bukan kehendakku
Itu juga bukan kemahuanmu
Menodai percintaan ini

Dosakah aku menyintaimu
Setelah engkau dimiliki
Aku gagal memujuk hati ini
Untuk terus melupai dirimu

Izinku berteduh seketika
Merebah rindu pengubat duka
Demi ku menyintaimu
Menyayangi dirimu
Meskipun sekadar dalam mimpi

Pergilah sayang kepadanya
Kerna dia lebih memerlukanmu
Pengorbanan sudah lama jadi milikku
Jangan kau kesali

Aku tidak tahu mengapa harusku
Menyintai dirimu
Mungkinkah kau ada jawapan yang lain
Terangkah padaku
Agar tidak kusesal
Mengharap kasih pada yang berpunya
Agar kita sama merelakan

Saturday, March 13, 2010

Cinta Itu Buta

Cinta Itu ButA...
Sehjauh mana benar kata2 mengatkan cinta itu suatu yg buta? cinta itu? atau manusia itu sendiri yg buta?

Cinta Itu Buta...
Sepajang kedawasaan aku menjejaki usia 24 tahun ni aku amati telalu ramai yg menderita kerana cinta dan bermacam2 persepsi manusia itu mengenia cinta dan kadangkala aku sendiri tak mengerti apa erti cinta....

Cinta Itu Buta...
Acapkali aku celik akan mata setiap hari aku rasakan org merasakan kepedihan cinta dan kesengsaraan cinta itu. Apakah tiada lansung manis dalam sebuah perkataan CINTA? namun sebagai islam aku sendiri harus percaya cinta kerana ia telah disemadikan dlm jiwaku erti cinta itu kerana sebahagian pembinaan kehidupan manusia adalah tersiratnya zat allah yg membangunkannya.

Cinta Itu Buta...
Kehebatan cinta itu mmg tidak aku nafikan hebatnya, kerana aku sendiri pernah terluka perasaan ku dek cinta parah sehingga kan aku kehilangan separuh nafas ku dan rasa nya seperti pedih ulu hati ini utk menelan kenyataan itu bahawa cinta tiada bersama aku

Cinta Itu Buta...
Satu fitrah bagi ku bila cinta itu ada pelbagai bentuk dan adakalnya ia menjadi sonsang dek kerana hawa nafsu sehingga ada yg mengatakan 'cinta sonsang itu ibarat kurap makin digaru makin sedap', harus siapakah yg harus dipersalahkan sedangkan yg merosakkan cinta itu adalah kita sendiri sebagai manusia yg khilaf. pelbagai rupa manusia yg ingin merapati diriku dan menghampiri ku utk menyerahkan cinta tapi harus kah aku membuka ruang hatiku utk cinta sedangkan aku sendiri tiada cinta???

Cinta Itu Buta...
Perit yg ditelan rupanya terbiasa menjadi satu amaln dlm sebuah kehidupan utk trus kita berdiri kukuh sehingga kini keperitan cinta itu sendiri sebenarnya byk mengajar kita erti sebuah kehidupan dan rintagan dalam kehidupan kerana Allah tak mungkin menguji kita sekiranya dia tiada perasaan cinta.