HATI...
Bercerita pada malam
Mengenai Chenta yang pernah ditinggalkan
Malah kisah chenta yang pernah meninggalkan
Dalam berkisah air mata ku gugur
Jatuhan pedih malah tidak di mengerti di mana khilaf bahasaku
HATI...
Penantian ku mencari sebuah rasa
Pemantian ku yang penuh dengan rasa
Namun di manakah silapnya
Rasa semakin duka malah perit dan kontang
Mencari dan menunggu di mana Qaseh
Hati...
Aku berdiri keseorangan menyapu puing-puing angin
Namun aku sepi...dalam menanti sebuah hati
Perlukah aku berdiri malah hati itu semakin parah
Namun betah kah ku menunggu sedangkan ada dia bersama namun aku gagal mendakapi
Hati...
Ku pujuk dan terus memujuk dalam suatu kesamaran
Mencari sebuah rasa untuk dilengkapi
Aku penat dalam lelah kerana pedih melihat dan merasa
Aksara ku berputar mengatakan benar atau zuhud
Hati...
Betahkah aku untuk terus berlari
Sedangkan sayapku patah di sapu duka
Ingin ku berpatah namun takdir tidak mengizinkan
Aku harus melangkah kerana pedihnya hanya kalam yang bisa mengetahui
Hati...
Aku rindu pada tiupan angin rindu
Rindu dalam setiap pujuk rayu
Namun perlukah aku persetankan hati
Untuk kesian kali untuk menanti
Hati...
Manusia itu hidup kerana rasa
Dan mati di jemput Ilahi kerana rasa
Namun mengepa perlu aku merasa sepi
Menangis dalam memujuk hati yang semaki dalam dipanah
Hati...
Tiba masa aku akan pergi
Dijemput menjadi kekasih Ilahi
Namun kepada-NYA aku berserah
Mencari suatu etiqa bersulam luka
Hati...
Butakah aku ketika persetankan hati
Berubah kah aku ketika menunggu hati
Hinakah aku aku dalam menanti pasti
Bodohkan aku dalam mencari hati
Hati...
jika kau bisa bersuara
Jujurkah engkau dalam setiap khalam wahyumu
Mengapa aku berasa perit dalam menghela
Terasa sempit dalam setiap bahasa
Hati...
Penantian ku ini adakah suatu yg sia-sia
Namun aku percaya Qada dan Qadar itu
Jika wujudnya Qaseh mengapa aku betah menunggu
Setipa jawapam berpusing terpanah ke padaku
Hati...
Jika tekad ku ini suatu yang diredhai
Kau tunjunkanlah lorong untuk aku tujui
Kerana kepada-MU aku pasrah dalam setiap nada
Kerana aku ampuh untuk terbang lagi tinggi
Hati...
Jika jujurnya Qaseh dia pasti datang
Namun betahkah Chenta memujuk dan terus menaghpus rajuk
Kecil dan perasaan hati ku simpan sahaja
Bertawakkal ku dalam sujud
Hati...
Jika tahajjud ku tiada erti
Dan junataian zikir ku tak bermakna
Kau tuntutlah hatiku ini
Biar menganti sedih dan hiba mereka yang kehilangan hati
Dan gantikan hatiku kepada mereka
Hati...
Suatau rahmat dan rahim yang penuh dengan kasih sayang dan cinta
Semangat ku luluh dalam setiap bahasa
Kerana bahasaku menulis di iringi air mata
Aku redha dengan ketentuan-MU namun jangan kau lukai hati mereka yang membawa QASEH
Moga KAU tetap dalam tekadku dan bangun dalam setiap tahajjud ku pada-MU