Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Friday, October 21, 2011

Sampai Di Sini ...INILAH KISAH CHENTA & QASEH BERAKHIR



Sampai di sini,
berat kaki melangkah..
Memburu mimpi yang tidak lagi bernyawa..

Kerana hati kasih,
enggan lagi bersama..
Biarlah rindu bersemadi dalam jiwa..
Sampai di sini kasih,
gelora cinta yang terindah..
Walau di hati pedih, aku merana..
Tersungkur aku dalam luka,
bila cinta yang di bina hanya untuk dipersia-sia..
Biar aku yang merasai kesan pilu dalam hati seandainya engkau mahu, bersama dia..

Sampai di sini takdir untuk bercinta..
Asmara ini tidak lagi kesampaian..
Selamat tinggal kasih..
Ucapkan perpisahan..
Biarlah cinta ini menjadi kenangan..

Thursday, October 20, 2011

1001 wAJAHKU

terkadang kita tak perlu berbahasa kerana senyuman yg terukir dan terlukis bisa menafsirkan sendiri bahasa maka familah,selamilah, dan jiwai kerana di situ adanya sebuah cerita






Monday, October 17, 2011

KERANA KAU...............PAST IS PAST



Kerana Kau...
Meminta dalam sebuah ucapan
Menyata dalam serangkap nada
Mengungkap dalam setiap terjemahan jiwa
Bertafsir dalam memberikan penyata

Kerana Kau...
Aku sendiri berfikir sang hati
Memujuk hiba mencari pasti
Sehingga terbit sebuah kata
Memuktamadkan penghormatan diri

Kerana Kau...
pernah hadir di dalam setiap nafas
Helaan ku panjang sedalam cintamu
Namun mana mungkin aku hindar
Wujudnya diri mu dalam diriku

Kerana Kau...
Mengungkap sebaris ayat 'PAST IS PAST'
Meminta hati menghormati pesanaan saat
Menyatakan erti dalam terus ke lohong hati
Mengertilah ku kini apa yang perlu aku hormati

Kerana Kau...
Kini aku bersendiri
Mengutip sisa kasih yang masih bersisa
Mengukuhkan kekuatan hati
Menyelamatkan hati dari diheret duka

Kerana Kau...
Aku kini harus pergi
Menyemai kasih berseorangan lagi
Mencari sebuah permata di dalam hati
Biarlah apa yang terjadi kenangan harus kita biarkan pergi

Kerana Kau....
Hari ini aku menghormati
Setiap baris ayat kini jelas aku pahami
Kini aku dengan merendah diri
Meminta izin dengan penuh rendah diri
Pulangkan kembali isi hati ini...............



Sunday, October 16, 2011

TIKA MALAM....BICARA SI PENA



Tika Malam
Bagai memahami bahasa jiwa
Mencari sebuah ketenangan dalan kedamaian
Aku berbicara dengan sang bulan
Mencari kesaksian dalam berbahasa

Tika Malam
Setiap tubuhku rasakan sugul
Lemah dan longlai dalam pengabdian
Mencari dan tercari di mana kekilafan diri
Menadah tangan menghadap ilahi

Tika Malam
Aku sendirian dan terus bersendiri
Menanti pasti bukan lagi perkara janji
Menjadikan letih dan sesak untuk berdiri
Kerana jawapan pasti kini terukir pasti

Tika Malam
Aku berdiri membangungkan asmara
Menghangatkan jiwa yang keluh dalam kesah
Mencari keharuman dalam keredhaan
Kerana pasti aku kini sementara

Tika Malam
Ilhamku dan rasaku terus bersatu
Berpadu dalam setiap langkah berzikir
Memaksa aku tunduk dalam tahajjud
Mencari ketenangan dalam kekalutan

Tika Malam
Adakah malam ku akan terus setenang dulu
Sedangkan hati aku dihambat rasa
Terhiris duka memendam jiwa
Lara yang pasti bak selumbar tikamannya

Tika Malam
Aku berhenti dalam setiap tangisan
Memujuk rawan di himpit kesedihan
Kerana yakin aku adalah milikan tuhan
Apa yang pasti syukur ku panjang kerana penafasan......................

Saturday, October 15, 2011

SAMPAI DI SINI.....PESANAN CHENTA BUAT QASEH


Sampai di sini,
berat kaki melangkah..
Memburu mimpi yang tidak lagi bernyawa..

Kerana hati kasih,
enggan lagi bersama..
Biarlah rindu bersemadi dalam jiwa..
Sampai di sini kasih,
gelora cinta yang terindah..
Walau di hati pedih, aku merana..
Tersungkur aku dalam luka,
bila cinta yang di bina hanya untuk dipersia-sia..
Biar aku yang merasai kesan pilu dalam hati seandainya engkau mahu, bersama dia..

Sampai di sini takdir untuk bercinta..
Asmara ini tidak lagi kesampaian..
Selamat tinggal kasih..
Ucapkan perpisahan..
Biarlah cinta ini menjadi kenangan..

Thursday, October 13, 2011

BILA HATI BERBICARA TENTANG QASEH & CHENTA

CHENTA....
Bila aku bermula dengan sebuah rasa
Disaat aku menutupkan mata
Barulah aku sedar di dalam lena
Bahawa aku kehilangan segala

QASEH...
Aku pernah kehilangan rasa
Disaat ibuku membangun jiwa
Menbangkit dan berjuang rasa
Menbesar kami dengan segugus rasa yang hanya dipendam dalam sebuah duka

CHENTA...
Mengapakah aku pernah meninggalkan dia
Sedangkan dia perlukan aku ketika sesaknya
Kerana melukainya aku merana
Mencari kembali sisa yag terhumban jauhnya



QASEH...
Bila ku terkembali barulah ku sedar
Betapa dia terluka dgn setiap rasa
Ungkapan kata hanya aku yang merasa
Dalam setiap bacaanku tersedar aku yang bahawasanya itulah luka

CHENTA...
Aku merasa derita
Disaat aku ingin kembali untuk bersama
Namun aku mengerti perasaan yang duka
Pertanyaan sering melingkari rasa
Layakah aku mengapai bahagia


QASEH...
Hatinya parah dicacar belati
Terobek rasa menjauh rasa
Perlukah aku melangkah sedangkan tiada apa
Mencari kembali rasa dan bersama mengukir pelangi

CHENTA...
Setapak ku melangkah ku hanya berdoa
Moga Allah memelihara dirinya
Berada dalam kesempurnaan dan bahagia
Kerana aku yang berdosa pernah meninggalkan dirinya terus terluka

QASEH...
Ku kutip sisa kadih yang derderai
Ku cantum persatu namun tiada sinar
Namun aku redha ini kententuan kerana diri dan diriku tak mungkin bersatu
Apa yg termampu hanya mampan doa ku buatmu hanya yang terasa di taman syahdu

CHENTA...
Penantian u tak pernah berakhir buat si dia
Kerana janjiku kerana kalam-NYA
Jika bukan disini adanya rasa
Mungkin disana ku pasrah untuk menunggu hiba

QASEH...
Jika izrail datang menjengahku
Jangan kau hampiri susuk ini yang melukai mu
Kerana aku hina dan pernah bebuat onar dengan meninggalkan segala
Namun ketahuilah hatiku tak pernah untuk berhenti memuja namamu

CHENTA...
Sampai di sini sahaja langkahku corak
Aksara bicara ku hanya mengundag hiba
Dalam setiap bicara aku merasa terjerat
Rasa ini hanya biarlah aku mengetahui segala
Moga angin khabarkan segalanya
Lantas menyepuh dinginnya rasa..........................