Ken@ali DiRiKU
- Tukang Bic@ra
- Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
- aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............
Monday, October 17, 2011
KERANA KAU...............PAST IS PAST
Kerana Kau...
Meminta dalam sebuah ucapan
Menyata dalam serangkap nada
Mengungkap dalam setiap terjemahan jiwa
Bertafsir dalam memberikan penyata
Kerana Kau...
Aku sendiri berfikir sang hati
Memujuk hiba mencari pasti
Sehingga terbit sebuah kata
Memuktamadkan penghormatan diri
Kerana Kau...
pernah hadir di dalam setiap nafas
Helaan ku panjang sedalam cintamu
Namun mana mungkin aku hindar
Wujudnya diri mu dalam diriku
Kerana Kau...
Mengungkap sebaris ayat 'PAST IS PAST'
Meminta hati menghormati pesanaan saat
Menyatakan erti dalam terus ke lohong hati
Mengertilah ku kini apa yang perlu aku hormati
Kerana Kau...
Kini aku bersendiri
Mengutip sisa kasih yang masih bersisa
Mengukuhkan kekuatan hati
Menyelamatkan hati dari diheret duka
Kerana Kau...
Aku kini harus pergi
Menyemai kasih berseorangan lagi
Mencari sebuah permata di dalam hati
Biarlah apa yang terjadi kenangan harus kita biarkan pergi
Kerana Kau....
Hari ini aku menghormati
Setiap baris ayat kini jelas aku pahami
Kini aku dengan merendah diri
Meminta izin dengan penuh rendah diri
Pulangkan kembali isi hati ini...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment