Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Sunday, October 16, 2011

TIKA MALAM....BICARA SI PENA



Tika Malam
Bagai memahami bahasa jiwa
Mencari sebuah ketenangan dalan kedamaian
Aku berbicara dengan sang bulan
Mencari kesaksian dalam berbahasa

Tika Malam
Setiap tubuhku rasakan sugul
Lemah dan longlai dalam pengabdian
Mencari dan tercari di mana kekilafan diri
Menadah tangan menghadap ilahi

Tika Malam
Aku sendirian dan terus bersendiri
Menanti pasti bukan lagi perkara janji
Menjadikan letih dan sesak untuk berdiri
Kerana jawapan pasti kini terukir pasti

Tika Malam
Aku berdiri membangungkan asmara
Menghangatkan jiwa yang keluh dalam kesah
Mencari keharuman dalam keredhaan
Kerana pasti aku kini sementara

Tika Malam
Ilhamku dan rasaku terus bersatu
Berpadu dalam setiap langkah berzikir
Memaksa aku tunduk dalam tahajjud
Mencari ketenangan dalam kekalutan

Tika Malam
Adakah malam ku akan terus setenang dulu
Sedangkan hati aku dihambat rasa
Terhiris duka memendam jiwa
Lara yang pasti bak selumbar tikamannya

Tika Malam
Aku berhenti dalam setiap tangisan
Memujuk rawan di himpit kesedihan
Kerana yakin aku adalah milikan tuhan
Apa yang pasti syukur ku panjang kerana penafasan......................

No comments: