Ken@ali DiRiKU
- Tukang Bic@ra
- Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
- aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............
Wednesday, August 10, 2011
SELAYANG PANDANG......TRANSKRIPSI HATI
Selayang pandang
Terkadang ilhamku sendiri entah tidak tahu kemana
Mencari diri dalam sebuah kepastian yang mendatang
Pelbagai rasa seakan terbang mencari hati yang akan bersarang
Benar apa yang aku rasakan atau sekadar sebuah satu sendaan
Selayang pandang
Aku bersenyum dalam nada kemanisan
Namun sepi jauh sudut hatiku tak siapa akan perasan
Sedihku bertandang dalam segenap ruang
Menyesali akan segala kesilapan di dalam perlakuan
Tapi benarkah kenyataan sedangkan jawapan pasti belum ketemuan
Selayang pandang
Perbahasan bahasaku belum lagi ada rungkaian
Mencari pasti agar segala jawapan
Dalam keadaan khilaf ku memandang
Apakah benar aku berada pada satu landasan
Atau sekadar satu permainan jiwa yang bakal parah di toreh perasaan
Selayang pandang
Jiwaku seakan terpujuk dengan senyuman
Budi terjamah dengan kasih saying
Namun mengapa setiap penyataan harus ku dengar dari insan yang disayang
Bukan meniti dari bibir tuan yang benar di pandang dalam nada perasaan
Inginku nyatakan dengan perasaan tapi siapa aku untuk bertanya sedemikian
Kerana aku sendiri kelu dalam mencari kepastian
Setiap soalan pasti ada pengantungan
Selayang pandang
Aku menolak setiap cinta yang terbutuh padaku
Kerana aku yakin cinta ini hanya untuk insan yang memerlukan
Keyakinan aku melebihi dari suatu kekuatan
Menanti pasti itu satu kepuasan kerana aku sering menanti tanpa ada hirauan
Terkadang terdetik hati kotor benarkah apa yang aku lakukan
Namun hala tuju ku ada laluan kerana perancangan tetap dalam ingatan
Selayang pandang
Jika tercoret hatiku langkah teratur menata jauh
Meninggalkan segala menjadi kenangan
Bukan sementara tapi jangka masa yang melampau dalam setiap huraian
Kerana soal hati bukan permainan bakal ku tempuh untuk memujuk dalam carikan
Namun setiap langkahku terkandung kasih sayang
Bukan seorang tetapi bagaikan sebuah keluarga yang sempurna dalam ikhtikad
Selayang pandang
Aku menata setiap percakapan
Aku merasa dalam setiap janjiku yang ku luah
Aku menerima dengan kalam
Aku memberi dengan kalam
Mana mungkin aku memungkiri ikhtikad ku kepada MAHA PENCIPTA
Kerana binaan hatiku ini datang dari-NYA
Apa yang pasti penantian ku adalah kerana-NYA
Setiap juntaian rindu ku hanya kerana-NYA
Setiap rasa ini hanya hadir kerana-NYA
Namun hubungan menegak ku bangunkan
Pastikah aku hubungan melintang ku menjanjikan hapusan setiap butir air mataku
Cintaiku kerana fitrah-NYA dan lafazkannya dalam setiap nada zikir-MU
Kerana aku hidup dalam binaan asas ciptaan-NYA
Sampai masa aku juga akan pergi ketemu bertemu-NYA
Berikan kasih sayang mu kerana aku di sini memuja bukan kerana rupa,harta dan kedudukan
Tapi aku memuja kerana kalam-NYA terlukis namamu dalam memanah kehatiku……
CHENTA MENUNGGU QASEH SAMPAI DI HUJUNG TITIAN SIRATULMUSTAQIM WALAU APA YANG BERLAKU KEDUDUKAN INI TETAP TAK MERUBAH APA-APA……………………………
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment