Ketika cinta memanggil
Kenikmatan duniaku melebihi ukhrawi
yang jahil dan bathil bercampur
Alpha akan soal nikmatnya syurga dan panasnya neraka
Tersentak saat seru yang hadir meronta meminta tunduk
Bergetar lah jiwa pedih luluh terasa tajam menusuk menikam hiba
Ketika cinta memanggil
Aku kehilangan punca bagaimana cara terbang tinggi bebas mewarna pelangi
Sayap ku hancur bak panahan bahangnya petir yang melodak
Bagai anak kecil tersungkur hiba mencari dimana ibu yang menjijing susu
Sesat yang jauh makin dalam sunyi,kelam dan berterusan ranjaunya
Ketika cinta memanggil
Aku ketemu seorang yang membuka mata
Mengikat rohku dan menutup segala rasa kehendak serta kemahuan
Bersetia rasa untuk serahan pada yang satu namun apalah daya
Hodoh dan cela nya wajahku tak mampu padam kekal selamanya menjadi tanda mati selamanya
Tidak mampu berlari untuk putarkan masa
Kerana tidak bisa menerebus mana ruang untuk terus terbang menjadi seperti bidadari syurga
Ketika cinta memanggil
Aku baru mengenal erti sebuah rasa
Nikmatnya dalam dan suci tanpa palitan dosa
Sayang keberadaan jiwa tidak seperti hasratnya rasa harus akur sebagai yang lintas melata
Namun takkan lah kejamnya rasa tanpa ada sedikit ehsan buat bekalan jiwa
Apapun cinta yang memanggil adalah lebih mulus suci dari yang tertebar melata
Ketika cinta memanggil
Keredhaan ku sudah berjaya penuh dan tiada pertikaian dalam perinciannya
Harta yang bernilai sudah selesai wasiatnya
Tinggal memujuk hati yang masih meratap hiba
Moga perngabadian ku pergi dalam keredhaan smua
Agar tiada rasa yang tak terkutip tersepah melata.
No comments:
Post a Comment