HUJAN LAGI HATI INI
Sering ku merasakan kepahitan itu
Namun pada siapa harus ku meluahkan
Larian safa tak siapa yg mendengar rintihan jiwa
Marwah seakan penghujung bagi kebuntuan
HUJAN LAGI HATI INI
Namun seolah tahajjud ku kabur dalam mengapai bahasa
Hati pedih ini ku pujuk
Terperosok merajuk tiada seindah bahasa lafaz kata
Bak merintih hiba setiap detik yang berputar
HUJAN LAGI HATI INI
Jiwa ku runsing dalam merungkai
Bahasa ku terhenti seketika
Hanya laluan jibril yang menguatkan hati
Lantas berbisik pegangan mu diamana?
HUJAN LAGI HATI INI
Manusia tetap manusia
Terkadang alpha dengan layanan duniawi
Dosa yg mendatang bagai menhimpit jiwa
Namun rupanya aku rebah di hadapan pintu syurga
Tak tergapai kaki ini menjejak bauan firdaus
HUJAN LAGI HATI INI
Sepi…….
Hati ini meratap kepergian
Linangan hujan mata ini tidak kebah
Bisa seakan meragut senyuman
Namun ukiran wajah ku tak menyatakan apa yang ditelan
HUJAN LAGI HATI INI
Nangis…..
Kontang sudah tubir ini
Tiada siapa yg memujuk sehingga mentari muncul
Namun nur pelangi membawa cebisan duka
Ikhlas kah aku menerima hakikat
Bahawa keputusan kepergian ku
Adalah menuntut kebahagian di siratul mustaqim
HUJAN LAGI HAGT INI
Kering…..
Kuatnya hati ini kerana lafazan syahadah ku
Kuatnya hati ini kerana ibuku yang penuh kedut duka
Kuatnya hati ini kerana rakan ku bercanda duka dan tawa
Kuatnya hati ini kerana kehidupan ku yang panjang
Kusapukan kedukaan ini
Kucampakkan ia ketengah lautan
Sehingga ke hujung pertemuan nil putih dan biru
Namun aku pasrah
Kerana aku yakin
DIA MENANTI PASTI
Buatku….
Ibuku….
Rakan-rakanku……
Dan kehidupanku…………………
No comments:
Post a Comment