Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Wednesday, January 26, 2011

MATI

MAti
Bila izrail datang bertandang
Hidup ini seakan kaku dalam berkata
Pucat ditoreh luka dalam mata bergenang
Mencari sinar sekwdip waktu berbicara

Mati
Datangnya dalam penuh rahsia
Mengikat janji pada yang bernyawa
Seolah perjanjian seerat dari adam dan hawa
Kerana kita juga milikan yang Esa

MAti
Kehidupan itu bermula dgn mati
Dikarang ilham si para wali dan sufi
Berakhir hidup juga perkara yang mati
Itu janji selepa dua kehidupan kita tempuhi

Mati
Sunyi dan suram mengiringi hati
Adakah Iman penuh utk kita menempuhi
Alam yg panjang menanti pasti
Kerana itu merupakan kandunga lohmahfuz nadi

Mati
Setiap yang bernyawa pasti kembali
Selepas di hidupkan kepadanya kita kembali
Kembali kepada zat pencipta yang penuh hakiki
Untuk kita dinilai adakah pernah kita menzalimi Hidup ini?



Mati
Akal ku betanya pada hati
Apakah nilai iman ku untuk dihitungi
Adakan mencukupi untuk di hisab nanti
Kerana jasad ku Islam namun perbuatan ku terlampau melebihi

MAtii
Hanya rahsia ku tergantung pada sidaratul muntaha
Pohon berahsia penuh dengan segala cerita
Bila tiba masaku hanya Allah mengetahui segala
Kerana aku khilaf tak seperti malaikat yang dicipta

Mati
MOga Allah kurniakan ku perjalan yang sempurna
Kerana dari-NYA aku hidup dan bebas bernafas
Dan kepada-NYA aku mati menyerah hatiku dan jasadku segala
MOga Shafaat Muhammad membantu ku dari keperitan segala

MAti
Aku redha jika itu suatu kepastian
Kerana aku membutuhi janji Allah kepada makhluk-NYA
Memegang azimat dalam segala hal yang penuh keajaiban
Moga Di dalam hati hanya syahadah menjadi pembuluh nadi kepada-NYA
Untuk kuterus menundukkan kepala ku pada sejadah menghadap-NYA….

Saturday, January 22, 2011

HANYA CATATAN BIASA

MENGAPA ADA CINTA
tatkala aku menutup hati berhimpun duka
bak terasa bahang meletup menutup jiwa
air mata pasrah betulangkan nista
rasa berparah sayap syahdu terbang bak sang helang

PERLUKAH ADA CINTA
tika hati di lamar sepi
bila cinta mula kala hadir
rasa seperti diawangan tinggi
mencerlang awan bak bahtera megah dinakhoda sang mentari

RASAKAH CINTA
bila nista bertukar rasa
bila hati dipagut pawan
benarkah rasa bertakhta jiwa
mencari sinar dalan kesamaran

JUJURKAH CINTA
tatkala aku meninggal segala
membawa hati sekeping duka
lamaran hadir bagaikan cahaya
mengamit rasa menjerat jiwa

ADAKAH CINTA
bila pernah aku di dusta
tika rasa membunuh jiwa
aku lumpuh rebah mencecah bumi yang mewah
menatap egois manusia dalam menagih rasa erti sebuah cinta

NIKMATKAH CINTA
di kala aku di nista dunia
mata mencerlang memandang aku seperti sampah
aku rebah lumpuh luluh segala wajah
mencari sinar dalam menegakkan sekeping rasa
membasahi hati dengan sebuah rasa bertawaduk

APAKAH ITU CINTA
tatkala hati ku dipagut nikmat
dalam ranjang berbekas firasat
mencari dalam cermin kaca kehidupan
aku pasrah menanti sebuah kepastian
moga pintu hati ini terbuka luas buat segalanya
menerima semua dalam rantaian LAILAHAILALLAH...............

Saturday, January 8, 2011

SEDIH ITU PERGI

Allah mencipatakan satu rasa
Allah menyematkan dalan hati akan rasa
Allah maha menentukan segala-galanya
Maha Mulia segala ciptaan-NYA

Tatkala malam bermusim luruh
Hati bersarang duka
Seakan lupa kita kepada maha pencipta
Namun titisan air mata ini tak pernah surut

Allah maha mendegar dia lagi maha mengetahui
Tapi betah ker hati berkata dalam menerima
Setiap sedih betempur duka merupakan sebuah anugerah terkata
Teguran maha pencipta tak terucap gamaknya
Menanti betah akal dalam memikirnya

Sedih itu pergi
Berganti kini dengan sebuah rasa
Cinta anugerah yang esa
Kurniaan rasa dalam samaran-NYA

Subhanallah sehingga bila aku harus menutup rasa
Jika betah hatiku merela hadir nya cinta
Tapi bisa kah kegembiraan ini diragut duka
Kalamullah hanya yang bisa memendam rahsia

Moga rasa ini terus berkembang murninya
Dalam setiap rentetan duka
Aku berserah kepada yang Esa
Moga inilah rasa cinta yang sebenarnya..........................