Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Wednesday, January 26, 2011

MATI

MAti
Bila izrail datang bertandang
Hidup ini seakan kaku dalam berkata
Pucat ditoreh luka dalam mata bergenang
Mencari sinar sekwdip waktu berbicara

Mati
Datangnya dalam penuh rahsia
Mengikat janji pada yang bernyawa
Seolah perjanjian seerat dari adam dan hawa
Kerana kita juga milikan yang Esa

MAti
Kehidupan itu bermula dgn mati
Dikarang ilham si para wali dan sufi
Berakhir hidup juga perkara yang mati
Itu janji selepa dua kehidupan kita tempuhi

Mati
Sunyi dan suram mengiringi hati
Adakah Iman penuh utk kita menempuhi
Alam yg panjang menanti pasti
Kerana itu merupakan kandunga lohmahfuz nadi

Mati
Setiap yang bernyawa pasti kembali
Selepas di hidupkan kepadanya kita kembali
Kembali kepada zat pencipta yang penuh hakiki
Untuk kita dinilai adakah pernah kita menzalimi Hidup ini?



Mati
Akal ku betanya pada hati
Apakah nilai iman ku untuk dihitungi
Adakan mencukupi untuk di hisab nanti
Kerana jasad ku Islam namun perbuatan ku terlampau melebihi

MAtii
Hanya rahsia ku tergantung pada sidaratul muntaha
Pohon berahsia penuh dengan segala cerita
Bila tiba masaku hanya Allah mengetahui segala
Kerana aku khilaf tak seperti malaikat yang dicipta

Mati
MOga Allah kurniakan ku perjalan yang sempurna
Kerana dari-NYA aku hidup dan bebas bernafas
Dan kepada-NYA aku mati menyerah hatiku dan jasadku segala
MOga Shafaat Muhammad membantu ku dari keperitan segala

MAti
Aku redha jika itu suatu kepastian
Kerana aku membutuhi janji Allah kepada makhluk-NYA
Memegang azimat dalam segala hal yang penuh keajaiban
Moga Di dalam hati hanya syahadah menjadi pembuluh nadi kepada-NYA
Untuk kuterus menundukkan kepala ku pada sejadah menghadap-NYA….

No comments: