Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Sunday, December 25, 2011

BIAR MENJAUH........


Biar Menjauh...
Lama nya hati tidak tercoret
Hati tidak menguris rasa
Kerana aku bangkit dari sebuah kehampaan
Membina suatu pusara di dalam kekuatan

Biar Menjauh...
Aksar-aksar duka aku tinggalkan penuh sepi
Menjauh di dalam sebuah kesedihan hati
aku bangkit dan terus mara
Persetankan soalan jiwa menguris rasa

Biar Menjauh...
Aku pasrah walau hatiku masih memerlukan
Aku berserah apabila pastikan dia berbahagia
Ku korban sedikit rasa dan lantas menjauh darinya
Disisi mu aku terdiam seribu bahasa walau jiwa ku masih tergetar

Biar Menjauh...
Hati yang bersisa aku laharkan dengan sebuah kebencian
Walau terkesan asmara yang masih membara
Namun apakah erti mengharap kepada sebuah kenangan
Aku korbankan kasih demi kebahagiaan

Biar Menjauh...
Aku bangkit dari sebuah rasa
Mengubah suatu dimensi
Lantas mencipta satu listrik gaya
Yang membawa aku kepada suata peranjakan diri

Biar Menjauh...
Biarlah rahsia ini terus terbiar
Kenangan tidak pernah membawa apa-apa erti lagi
Penantian ku kini tamat dan beku bersama duka
Tiada lagi tangisan malah aku tinggalkan denga piung-piung rahsia

Biarlah Menjauh...
Jika takdir aku begini
Aku pasrah dalah lohmafuz
Kerana keyakinanku setelus siratul mustaqim
Moga rahsia ini terus menjadi rahsia
Kerana hatiku tidak bisa menipu lantas lastrik mata lebih pantas berbicara
Hapuslah duka hidupkan gembira
Kerana penantian ku kini hanya sebuah kenangan....................

No comments: