Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Tuesday, January 10, 2012

BERKATA HATI...


BERKATA HATI...
Disaat aku terkesima dengan sebuah pertemuan
Dalam sebuah dimensi masayang berbeza
Menyoroti rasa yang kala jauh terlaksana
Kita adalah bukan malah tidak layak bersama

BERKATA HATI...
Di kala aku pulang membawa kekuatan
Aku rebah dalan sebuah kedukaan
Air mata yang ku sekang mula meredah hiba berpanjangan
Namun aku akur inilah ketentuan

BERKATA HATI...
Aku di hina tanpa belasan
Dicaci domba bagai tiada kehormatan
Singkapan sejarah lama di jadikan ugutan
Kenapa mesti orang yang aku sayang menjadi sasaran

BERKATA HATI...
Mungkin benar untuk dahulu aku menagih cinta
Namun aku pasrah kerana tiada bucu akhirnya
KIni jelas buat segalanya
Aku menandakan aksara noktah buat segala

BERKATA HATI...
Cukuplah aku bersedih hiba
Hati ku ini tawar bak hempedu pahitnya
Biarlah aku corakkan kehidupan ku agar sempurna
Mencari insan yang terakhir sehingga ke punghujung dunia

BERKATA HATI...
Tertutup semua pintu malah terpasung hiba
Aku melangkah jelas ke pada takdir yang maha esa
Menentukan segala kekuatan dan keashihan dalam arca bicara
Kerana keyakinanku untuk bersama hancur dan lebur di mamah belati bitara

BERKATA HATI...
Tatkala malam mula meninggalkan embun
Tatkala siang mula menimbulkan fajar
Aku berseru pada sebuah kalam
Tuntutlah hatiku demi keredhaan-MU
BAntuilah aku dan ketemukanlah aku
Dengan sebuah rasa,jiwa,dan gembira
Yang bisa membuat aku bahagia selamanya
Dan tidak terputus dari tali mu ya KALAM......................

No comments: