Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Thursday, November 22, 2012

WAKTU...

WAKTU....
Kemana harus aku lemparkan duka
Kemana tempat harus aku campakkan airmata
Sebuah rasa dan penuh peristiwa
Aku tercampak sepi terdampar sepi kehilangan masa

WAKTU....
Bermain rasa akan tergerak jiwa
Aku berfikir dalam sebuah gempita
Mencari tali untuk aku bertaut
Mencari jalan dan hati untuk aku meraut


WAKTU....
Di hadapanku kosong tanpa cahaya
Mataku hanya berduka hiba
Adakah insang yang memahami jiwa
Kebangkitan rasa seakan ku anggap kritikal dalam merasa

WAKTU.....
Teruslah berputar wahai sang alam
Kejarlah aku dalam lohmahfuz syahadah
Aku redha dengan ketemunya izrail
Kerana hdiup aku dsudah hilang serinya

WAKTU.....
Aku Mendengar setiap rintihan dan aku menyimpan
Apakah aku sendiri yang terus kepuraan
Atau mainan suatu perjalanan
Adilkah hidup jika aku teruskan sendangkan aku hilang dahan bertaut

WAKTU....
Aku terkesima dengan perbuatan
Aku terhukum dengan kelemahan
Adakah jalan untuk aku 
Sedangkan buntu menghukum

WAKTU....
Setiap detik dan masa seakan terbuang
Sedangkan aku menghitung ajal ku 
Suatu rahsia yang aku sendiri terlupa
Apakah hakikat ini suatau takdir

WAKTU....
Mungkin tiba masanya aku redha
Aku pasrah dengan ketentuan
Aksara aku pasrah tiada noktah
Inilah hakikat yang aku sembunyikan


DEMI WAKTU
Teman sekiranya ketentuan itu hukum aku tiba datanglah menjenguk ku buat terkahir kali ,sempurnakan jasadku sebersih hujan membersihkan bumi,kafanku dalam kesempurnaan dan jauhkan aibku ,temani ku hingga ke lahad ku yg terakhir dan tunggui aku untuk talkin mu yang terakhir jangan bersedih malah jangan berduka setiap yang hidup itu pasti mati dan ini ketentuan ku DEMI WAKTU Allah maha menentukan malah maha melaksanakan inilah bahagianku ingati aku dengan juntaian zikir mu kepadaku redhakan perjalananku moga Allah mengasihi kamu wahai temanku.......................................

Sunday, November 11, 2012

MONOLOG SEPI

Monolog Sepi..
Sudah lama aku menyepi
Mungkin bisuku tak bererti aku tiada daya
Mungkin banyak yang berlaku dan berlalu
Namun tatapan mataku tetap celik untuk menilai

Monolog Sepi...
Mungkin dalam membisu telah banyak mendewasakan ku
Sepiku banyak mengajar suatu pembelajaran baru
Memberi dalam menerima
Memerhati dalam membisu

Monolog Sepi...
Mungkin ada antara ada yang prejudis
Bisa membiaskan apa saja arca warna dalam suatu rasa
Namun aku tetap begini memerhati dan terus ketawa
Terkadang duka tidak perlulah aku berasa



Monolog Sepi...
Manusia mana puas jika sesuatu tampak sempurna
Bagi mereka pasti ada cacat celanya
Namun mereka bukan tuhan untuk menjerat rasa
Kerana tangan mereka nista dengan pelbagai rasa

Monolog Sepi...
Tuhan terkadang menguji sabarku dalan kesederhanaanku
Mungkin suatu peringatan abadai dalam hakiki
AKu sedar dugaan yang mendatang banyak berliku sepi
Namun apakan daya menangis bukanlah jawapan pasti

Monolog Sepi...
Aku kini mampu tersenyum dalam memerhati
Namun redhaku dalam hikmah yang pasti
Kerana ku yakin suatu yang pasti
Hidup ini tiada yang kekal abadi
Kerana itulah dia monolog sepi
Hidup penuh dengan tukar ganti
Tapi kenapa tiada peluang kedua lagi
Sedangkan hidup ini sebanyak dua kali
Dan kekal juga mati itu dua kali
APakah manusia hialng kewarasan untuk memberi
Itulah dia sang tahajud ku untuk monolog sepi.....................