Monolog Sepi..
Sudah lama aku menyepi
Mungkin bisuku tak bererti aku tiada daya
Mungkin banyak yang berlaku dan berlalu
Namun tatapan mataku tetap celik untuk menilai
Monolog Sepi...
Mungkin dalam membisu telah banyak mendewasakan ku
Sepiku banyak mengajar suatu pembelajaran baru
Memberi dalam menerima
Memerhati dalam membisu
Monolog Sepi...
Mungkin ada antara ada yang prejudis
Bisa membiaskan apa saja arca warna dalam suatu rasa
Namun aku tetap begini memerhati dan terus ketawa
Terkadang duka tidak perlulah aku berasa
Monolog Sepi...
Manusia mana puas jika sesuatu tampak sempurna
Bagi mereka pasti ada cacat celanya
Namun mereka bukan tuhan untuk menjerat rasa
Kerana tangan mereka nista dengan pelbagai rasa
Monolog Sepi...
Tuhan terkadang menguji sabarku dalan kesederhanaanku
Mungkin suatu peringatan abadai dalam hakiki
AKu sedar dugaan yang mendatang banyak berliku sepi
Namun apakan daya menangis bukanlah jawapan pasti
Monolog Sepi...
Aku kini mampu tersenyum dalam memerhati
Namun redhaku dalam hikmah yang pasti
Kerana ku yakin suatu yang pasti
Hidup ini tiada yang kekal abadi
Kerana itulah dia monolog sepi
Hidup penuh dengan tukar ganti
Tapi kenapa tiada peluang kedua lagi
Sedangkan hidup ini sebanyak dua kali
Dan kekal juga mati itu dua kali
APakah manusia hialng kewarasan untuk memberi
Itulah dia sang tahajud ku untuk monolog sepi.....................
No comments:
Post a Comment