TATKALA...
Senyum itu sering menguntum
Bermain di setiap penjuru hati
Menyemak dalam setiap perbualan
Bahasa ku susun tak berertu aku gembira
TATKALA...
Manusia terus menilai
Menilai dan mencorak dalam setiap sudut dimensi
Namun tak mereka fahami aksara tertulis
Tak bermakna dan menunjukkan segala
TATKALA...
Penilain manusia sering kali tersasar
Menampakkan mudah rasa untuk mendekati
Tetapi mereka silap aku sukar untuk difahami
Kasar dan garang merupakan pedoman diri
TATKALA...
Bahasa yang aku corak indah
Tetapi dalam sindiran ada hikmah
Mencari erti sebenar dalam setiap perbualan betah
Aku tersenyum namun aku menyembunyi
TATKALA...
Jijik setiap kejadian ada jawapan
Namun sering manusia tewas dala msetiap penilaian
Kerana bahasa hati bukan mainanyg sewenang
Hanya menilai hati kepada hati
TATKALA...
Manusia penuh dengan kekeliruan
Tetapi menghukum dan menilai sekadar luaran
Tapi tidak semua mampu bertanya
Menyatakan suatu kebenaran berdasarkan sebuah pertanyaan
TATKALA...
Hidup seakan diberi peluang yang indah
Mengapa perlu di sia-siakan
Kerana kita seakan menerima sebuah ujian
Sampai masa kita harus menjawab dan berdepan.......................
No comments:
Post a Comment