Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Saturday, October 22, 2011

KISAH HATI YANG DITINGGALKAN DAN MENINGGALKAN




KISAH HATI...
Aku tepanggil menulis berbicara
Kerana biarlah dia mendengar
Kerana hatinya sayu kerana chenta
Dan aku sendiri kurang pasti adakah chenta itu untuk aku

KISAH HATI...
Menulis dan terus menulis
Tanpa aku sedar keringat mata ku gugur
Tidak ku pasti kerana apa
Mungkin inilah kisah yang meninggalkan dan ditinggalkan

KISAH HATI...
Aku mengharap dia terus membaca
Kerana inilah sahaja luahan hati
Aku menyesali keegoaanku meranapkan sebuah rasa
Lantas membunuh nafsu untuk terus bercinta

KISAH HATI...
Ku berbicara kepada malam
Ku merayu kepada alam
Namun hilang dalam kesepian
Arus ombak melanggar pantai lalu membawa buih-buih kehampaan

KISAH HATI...
Aku mengeraskan hati dengan memaksa
Kerana aku merindui sentuhan sebuah chenta
Aku menyintai bukan kerana rupa malahan harta
Namun aku bemgilai untuk menguasai cintanya

KISAH HATI....
Aku terus memujuk hati
Kerana luka dan bisa yang amat dalam
Namun sudah keterlanjuran ku melukai dirinya kali kedua
Aku harus pasrah kerana sudah tiada tempat lagi ku disini

KISAH HATI...
Aku yang memulakan dan aku yang harus mengakhirinya
Berseorangan dan terus bersendirian
Aku pasrah kehendak tuhan
Kerana aku bukan lah pencinta terbaik untuknya

KISAH HATI...
Jika takdir hidup ku ini berseorangan akhirnya
Aku redha dengan segalanya
Menjalani hidup bersama sebuah kenangan
Namun perlukah aku menunggu dirinya

KISAH HATI...
Mungkin ini lah balasan malah hukuman
Aku pasrah jika dia memiliki dan dimiliki
Kerana aku sendiri pernah melukainya
Aku harus pergi dan hamburkan rasa ini kepada yang sudi

KISAH HATI...
Jika bahasa ku ini sampai
Jika rasa ini tersirat
Aku tetap harus memujuk hati
Kerana disini sahaja aku menyimpan
Dan aku harus kemaskan segalanya demi semua
Moga Allah Permudahkan Segalanya...............

No comments: