Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Saturday, March 24, 2012

SENDIRI KUKESEPIAN


Sendiri Kukesepian.....
Terbaring lesu ku di kamar sepi
Memikir kehidupan yang penuh persimpangan
Mencari sesuatu yang tika menamatkan segala resah
Namun buntu dan kesunyian menjadi teman rela dan setia

Sendiri Kukesepian.....
Ku menyasikkan malam tanpa sejuta bintang
Bagai terasa ngilu dalam kehambaan
Aku masih terfikir bagaimana kehidupan
Adakah aku akan sentiasa sepi begini

Sendiri Kukesepian.....
Ku tenggelam dalam rindu
Namun pada siapa aku harus menghamburkan
Kerana aku tiada sesiapa lagi di sisi
Untuk ku memberi malah menerima


Sendiri Kukesepian.....
Ramai yang mendatang dan ramai ingin berkongsi
Tapi hati aku tidak sepantas dan kalut dalam lakonan
Aku harus menempuh suatu kebahagian
Mencari sesuatu bukan bertakhtakan rupa dan harta

Sendiri Kukesepian.....
Sampai masa aku akan ketemui bahagia
Namun biarlah aku merawat dan memujuk
Mungkin dingin dan sepi itu adalah kebaikan
Buatku bertafakur dihadapan yang ESA

No comments: