Ken@ali DiRiKU
- Tukang Bic@ra
- Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
- aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............
Monday, March 26, 2012
SEPI SEBUAH FRASA....
Ya salam...
Aku menghela nafas penuh kesyukuran
Di titip sedikit dgn kekuatan dan kasih sayang
Aku menghela dengan lafaz perkataan
Meminta dosa lama aku di ampunkan
Ya kalam...
Aku bersaksikan alam dan bumi aku menginjak
Menyatukan paksi dalam setiap kekhilafan yang bertaburan
Mencari sedikit kekuatan dalam juraian
AKu kini kukuh dengan kedudukan menghapus segala dendam
Ya jabar...
Aku bangit dari sebuah kelemahan
Aku tersenyum penuh kegembiraan yang tersisip kesedihan
Dan pantas aku berlari menyatakan kepada dunia
Insan sepi ini tidak perlu lagi takut untuk melafazkan maaf
Ya karim...
Aku tenang dalan kedinginan
Tidak betah untuk melarikan diri dalam keperitan
Aku tersenyum bahagia kerana di kurniakan sebuha rahmat
Yang kini pasti aku mahu kebahagian buat dirinya bersama insan tersayang
Ya quddus...
Aku melahirkan setiap perincian dari zat MU
Aku menghindarkan setiap kebencian dari pakaianMU
Aku mencari siapa diri MU dalam diriku
Kini aku menjumpai suatu NUR yang indah sesalju balqis
Ya mutakabbir...
Maha kuasa segalaNYA dalam memiliki
Kini pasti hati ku sudah dimiliki
Namun persoalaan hanyalah dalam minda permainan yang jumud dan buta
Kerana aku adalah milik MU dan KAU adalah kekasihku
Ya fattah...
Sampai di sini duka ku berahkhir
Kau membukakan aku suatu lembaran baru untuk terus aku melangkah
Kau rebutlah hatiku dalam kekuasaanMU
Kau didiklah hatiku dalam keimanananMU
Biarkan hatiku bebas menari dan terbang dalam lohmahfuz indah
Moga aksara bahasa tidak lagi mempersendakan duka
Kini aku berserah kepadaMU YA ALLAH.............................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment