Hari hari yang ku alami
Ada satu yang perlu ku kecapi
Bagai layang-layang yang putus tali
Akan ku teruskan mencari
Siapakah diri ini?
Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku ini lah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu
Tiada lagi resah untukku
Tiada lagi rasa malu
Apa yang ku mahu apa yang ku tahu
Hanya mencari diriku
Oh....
Siapakah diri ini?
hurmm sering kali kalau berpeluang pergi ker airport KLIA atau LCCT pasti akan tidak terlepas mata ini untuk menyasikkan flight attendant yg terkedek-kedek menyusun gerak langkah menuju ke balai berlepas tak pun ada juga muka penuh keletihan kerana bebanan kerja sepajang penerbangan, namaun senyuman mereka tetap mekar untuk dilemparkan kepada org yg memerhati dan menunggu penumpang yang tiba dan untuk berlepas.
Namun kehidupan sebagai seorang flight attendant sering disalah ertikan oleh org ramai, dan sentiasa mereke dilemparkan dengan kata2 yg memedihkan. "alah setakat pelayan kapal terbang jer sama jer dgn pelayan restoran", tapi org yg sebegini tahu ker bagaimana berisiko nyer kerja mereka walau sebagai pelayan penumpang di dalam pesawat.
Tapi bergelar flight attendant ni juga suatu yg agak memuaskan kerana setiap hari duty merupakan hari perlancongan bagi mereka bukan sahaja bercuti di dalam negara malahan hampir kesuluruh pelosok dunia mereka jelajahi. Akan tetapi kerja yg tidak menentu dan masa rehat yg agak terbatas kadang2 membuatkan bergelar flight attendant ni suatu perkerjaan yang tiada life tuk diri sendiri kerana keseluruhan masa berada di udara yg tinggi.
Setiap manusia mempunyai impian dan cita2 tetapi jgn disangkakan bergelar flight attendant setakat SPM sahaja ada juga golongan mereka ini dari golongan cendiakiawan terpelajar sesangat, walau betapa tinggi mereka meletakkan taraf hidup mereka apabila berkhidmat di dalam bidang profesional ini ego dan sikap 'double standard' mereka haruss di tinggalkan tak kira siapa mereka anak raja,dato,tan sri atau pemegang ijazah sekalipun mereka harus lakukan segala routine duty dgn amanah....
Perjalanan yg jauh bagi mereka juga kadang2 amat memenatkan namun apakan daya minat dan punca rezeki bagi sesuap nasi mereka atas di atas sana dan mereka harus berjuang demi meletakkan taraf kehidupan mereka kepada kehidupan yg dipandang oleh mata masyarakat sebagai org yg bertaraf hidup bermaruah. Jadi tak perlulah dipandang serong mereka ini kerana mereka adalah manusia juga seperti kita dan mereka juga hidup sebagai manusia yg biasa juga apabila mendarat di tanah yg rata..............
1 comment:
Post a Comment