Ken@ali DiRiKU
- Tukang Bic@ra
- Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
- aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............
Tuesday, November 15, 2011
HARUSKAH KU MENANGIS...
HARUSKAH KU MENANGIS...
Di atas setiap kesalah lamaku
DI atas setiap dosa ku
Semua bagaikan tertuju pada pundakku
Allah maha mengetahui segala rahsia
HARUSKAH KU MENANGIS...
Aku tersasar dalam sebuah penilaian
Aku tersesat dalam sebuah pencarian
Aku sendiri terperangkap dengan asmaraku
Aku berdosa meninggalkan rasa
HARUSKAH KU MENANGIS...
Perasaan ku terdera dengan kebutuhan masa
Jiwaku mati setelah aku merana
Perlukah aku memujuk yang lara
Sedangkan aku penuh cerita air mata
HARUSKAH KU MENANGIS...
Luahan ku tidak pernah di hinggap manusia
Datang nya ramai tapi bukan kerana rasa
Lantas nafsu hanya bertuankan sahaya
Ingin memiliki kerana apa yang aku ada
HARUSKAH KU MENANGIS...
Apabila aku mula mencorak langkah
Aku pernah mejadikan hari ini sebuah sejarah zionis
Aku ternoda di dalam dosa
Tangan ku terpasung untuk melontarkan bahasa
HARUSKAH KU MENANGIS...
Ku mencari dosa lampauku
Kerana bahasa ku aku terjerat dengan kataku
Aku terhindar dari hatinya kerana bukan diriku
Aku tersingkir dengan maha hebatnya apabila aku tersungkur
HARUSKAH KU MENANGIS...
Di saat kalam jelas membuktikan
Tatkala hidup aku terus diombak sepi
Aku terumbang digulung badai
Namun hilang tuju ku bak hidup tak terpenjuru
HARUSKAH KU MENANGIS...
Tatkala cinta itu hilang dalam sebuah rasa
Aku menjerat diri dalam sekalung noda
Terjerumus di dalam kancah yang penuh persona
Terkesima akan dosa yang terkutub
Segala jalan kini kelam buat selamanya...............................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
perghh..ayt dye..mendalam...
aksara bahasa tak membataskan rasa tpi bertindak bijak dalam berbicara kerana ilham tak terletak di pundak mana pun dan ia milikan maha Pencipta
Post a Comment