Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Sunday, November 13, 2011

SEPI...



Sepi...
Apabila mengenali dan menanti
Suatu perkara entah bila akan pasti
Jawapan tentu semeriah terjadi
Namun apapun hidup mesti berbakti

Sepi...
Kalam bertafsir menjadikan ilham
Lohmahfuz tercipta mencanai kebarangkalian
Qada dan Qadar suatu ketetapan
Yang pasti pergi akan terus bersemi sepi

Sepi...
Stanza hati berbicara kalam
Titian hidup sejantah perasaan
Namun tawa dan duka bukan penghalang
Kerana hidup penuh asam dan garam

Sepi...
Aksara bahasa bukan suatu ketentuan
Pertanyaan kahbar sering dianggap serong
Apakah nasib dan perbahasa alam
Kerana hikayat manusia tak segah mehrong

Sepi...
Perjudian nasib bukan ketentuan
Kerana qalam telah mewasiatkan
Hidup mati itu satu ketentuan
Maka carilah kebaikan untuk menhindar kegelapan

Sepi...
Hanya bahasa sekadar hiasan
Namun tak terpana wacana memahami frasa
Akan ilham bergerak menjadi cerita
Kerana hanya DIA maha mengetahui segala..............

No comments: