Ken@ali DiRiKU

My photo
Kuala Lumpur, Guest it, Malaysia
aku bercerita apa yg ku rasai dan lihat sepanjang ku menghela nafas di atas muka bumi ALLAH ini semoga penghayatan ku ini terus di berkati amin..............

Monday, October 25, 2010

PAHIT KU TELAN JUA

berbicara lagi
hati ku ini benar solah dipagur sendu
resah ku menanti jawapan yg pasti
soal hati tak bisa aku pendamkan
lantas bahasa saja yg bisa yg mengungkap kata seribu makna

Sedih..........
tatkala air mata ku ini bisa di sapa kebahagiaan
tak ku sedar didlm mata ini membisikkan seribu duka
aku gagal rupanya dlm perjuangan memujuk hati

Cinta.....
aku benar2 kali ini jatuh cinta lagi
namun dimana mahu kuletakkan
aku tidak bisa berlaku curang
kerana aku cuba belajar erti setia

pahit.....
ku telan semuanya
sedarku aku hanya manusia biasa
yang tidak boleh selalu memujuk hati
namun bagaimana jika segalanya
hanya air mata membaluti duka

tuhan...
ko memahami diri ini
jika kesempatan yg kau ada buatku
hadirlah nur dlm jiwaku
kembalikan ceria ku selalu

resah....
ku mengira waktu dan detik
setiap saat dan masa
seolah mengeji aku
mecaci aku
namun aku tak mahu terjerumus utk kelembah nista

moga aku menemui cahaya utk memujuk hati ini....................

Tuesday, September 21, 2010

PERSETANKAN HATI

PERSETANKAN HATI
Bila kebahagian tidak bisa menjadi miliku lagi
Bila aku tersungkur menghadap bumi
Bila Aku dipagut rasa kecewa
Bila aku tidak bisa merasa hangat mentari di alam

PERSETANKAN HATI
Saat aku hilang cinta mu
Saat aku tidak lagi bisa menghambur tersenyum
Saat aku tiada daya untuk mempercayai cinta
Saat rasa menjerut kata
Saat bahasa tidak seindah bicara

PERSETANKAN HATI
Tika sujud aku tidak lagi sekusyuk syahadah
Tika air mata ku gugur menghambur teriak
Tika melihat kebahagiaan
Tika aku di minta pergorbanan utk kebahagiaan org lain
Tika itu aku terhenti untuk meninggalkan rasa terbuku

PERSETANKAN HATI
Bisakah hati ku ini penuh dimengerti
Bisakah rasa ini terkumpul segala bersama
Dalam menyemai bahagia aku terkesima
Dengan permainan yg tak berwatak
Letih Menyaksikan
Tidak ku sedar air mata ku lebih mencerita dari gerak bahasa ku ini

PERSETANKAN HATI
Usah diragui hati ini dan ketika ini
Kerana hati ini bekunya belum tahu panasnya
Cairan dari tubir mata tak bisa sesiapa meyangkalnya
MEngapa sering aku merasa menjerat rasa terpagut duka
Sedangkan aku cuba membahagiakan segala
Apakah pengorbanan ku in isekdar sia-sia
Tiada ku minta di hargai malah aku mengidamkan difahami
Hanya rahsia ini tersemat dalam hati ku yg ukhrawi...................

Wednesday, September 8, 2010

GARAPAN BIASA DARI SEBUAH DUKA

USAH DIRAGUI
Mengapa hati ini sering dicubit
mengapa hati ni sering ditangisi
mengapa hati ini sering terguris
mengapa hati ini sering di tampar kecewa

USAH DIRAGUI
adakah ku kesilapan ku sering dipandang berat
sedangkan hati ku hanya untuk dia
aku dinodakan dengan permainan lakonan mereka
dirosakkan dengan pukulan nada sandiwara direka

USAH DIRAGUI
perang yang bertandag di hati ko harungi
tewas ku tanpa bersuara kerana diammu
aku terikat dan terhukum tetunduk
kebisuan mu membuntu kan kata bak lidah ku kelu tertikam

USAH DIRAGUI
malam ku tak disinari punjanngga
syair beradu ku ternoktah dengan madah yg perit
ranjang ku tak sehangat biasa lagi
kerana tercalit nista bisa yang memusnahkan rawan ku
gagal ku berdiri membela akan kemahuanku
bisakah ghairah senyuman ku menutup segala amarah ku

USAH DIRAGUI
siang ku seolah tak segah pelangi
mentari yang hanggat ku terasa seolah hilang hanggat
kerana air mata ku akan mengalir tika bumi berduka
alam seolah kelam saperti menantap syahdu hati ku

USAH DIRAGUI
bisakah seseorang hadir memancarkan sinarnya
agar malam ku di hiasi gempita
siangku segah firdausi lamannya
dan hatiku di pujuk gembira
dan bisa senyman ku ikhlas tercacar di seiap genap rasa
moga ia hadir sendirinya............................

HUJAN LAGI HATI INI ~Sudutku mengungkap


HUJAN LAGI HATI INI
Sering ku merasakan kepahitan itu
Namun pada siapa harus ku meluahkan
Larian safa tak siapa yg mendengar rintihan jiwa
Marwah seakan penghujung bagi kebuntuan

HUJAN LAGI HATI INI
Namun seolah tahajjud ku kabur dalam mengapai bahasa
Hati pedih ini ku pujuk
Terperosok  merajuk tiada seindah bahasa lafaz kata
Bak merintih hiba setiap detik yang berputar

HUJAN LAGI HATI INI
Jiwa ku runsing dalam merungkai
Bahasa ku terhenti seketika
Hanya laluan jibril yang menguatkan hati
Lantas berbisik pegangan mu diamana?

HUJAN LAGI HATI INI
Manusia tetap manusia
Terkadang alpha dengan layanan duniawi
Dosa yg mendatang bagai menhimpit jiwa
Namun rupanya aku rebah di hadapan pintu syurga
Tak tergapai kaki ini menjejak bauan firdaus

HUJAN LAGI HATI INI
Sepi…….
Hati ini meratap kepergian
Linangan hujan mata ini tidak kebah
Bisa seakan meragut senyuman
Namun ukiran wajah ku tak menyatakan apa yang ditelan

HUJAN LAGI HATI INI
Nangis…..
Kontang sudah tubir ini
Tiada siapa yg memujuk sehingga mentari muncul
Namun nur pelangi membawa cebisan duka
Ikhlas kah aku menerima hakikat
Bahawa keputusan kepergian ku
Adalah menuntut kebahagian di siratul mustaqim

HUJAN LAGI HAGT INI
Kering…..
Kuatnya hati ini kerana lafazan syahadah ku
Kuatnya hati ini kerana ibuku yang penuh kedut duka
Kuatnya hati ini kerana rakan ku bercanda duka dan tawa
Kuatnya hati ini kerana kehidupan ku yang panjang

Kusapukan kedukaan ini
Kucampakkan ia ketengah lautan
Sehingga ke hujung pertemuan nil putih dan biru
Namun aku pasrah
Kerana aku yakin
DIA MENANTI PASTI
Buatku….
Ibuku….
Rakan-rakanku……
Dan kehidupanku…………………

Friday, September 3, 2010

CINTA...??

CINTA
sering kali org mengajukan pertanyaan
Apakah ertinya cinta?
Terkedu dlm berbahasa
Persoalan sentiasa menjerat rasa
Mengapa setiap persoalan perlu ada kelunya

CINTA
Ramai mengatakan ia  buta
tapi jika ia buta mengapa ada bahagia
suatu persoalan pelik tak terungkai
satu bahasa pun sukar mengungkap
mungkin gaya hati bisa merungkai segala

CINTA
Mengapa harus ada yg terjerat segala
Mengidam mimpi yg tak sempurna
bagai menanggung beban tak terucap
Menyalahkan suasana
sedang kan tangan terus terpasung bila disogok rasa

CINTA
Sering kali sakit bila meraguinya
Akan tetapi dalam nikmat ada kedukaannya
Pasrah ker hati menerima segala duka
Lara jiwa menyayat rasa
Namun hati yg dipujuk sukar melupakannya

CINTA
satu rasa dari ilahi
bermulanya dgn kemurnian bak sidaratul muntaha
Akan tetapi perasaan ini juga bisa mengheret diri
Terjatuh rebah di neraka
Yang bisa tersungur di pintu syurga

CINTA
akan kah pasti rasa ini berkembang segala
kerana perasaan ini hanya bisa di buktikan
bukan di ucapkan
kerana ia bercambah dlm sudut yg dalam
dan gaya bahasa manpun tidak bisa menunjukkan yg ia adalah ada

CINTA
moga rasa ini terus ada
moga rasa ini terus hidup
moga semaian dlm hati ini subur
moga rasa ini biberkati yg esa

CINTA itu tidak buta tetapi hati kita saja yg buta dalam menilai apa itu CINTA????

Tuesday, April 13, 2010

LELAKI

Lelaki...
Walau kekuatan sering terpancar
Tak bermakna kelemahan itu tengelam dalam keegoaan
Akan tetapi maruah dipertahankan
Demi menjadi pelindung dan peghulu buat tersayang

Lelaki...
Terkadang hatinya sendiri menangis
Mentafsir rahsia bak sejuta bahasa
Tak terungkap kekadang dgn kata-kata
Walau bahasa tercipta untuk bersuara

Lelaki..
Terkadang egonya melebihi dari segalanya
Terkadang dia mempuyai kasih dalam egonya
Merungkap satu lafaz syg adalah permata buatnya
Membutirkannya terlalu sukar dilaksana

Lelaki...
Susuk yang diciptakan Allah untuk pelengkap
Namun kelemahnnya itu sendiri kerana terperangkap
Tak sesiapa memahami suara jantan yang terperap
Mencari kebebasan dalam diri dari sudut yg segenap

Lelaki...
Agak sukar mentafsikan rasa dgn bahasa
Namun perhatiannya anugerah Esa
Pelindung menjadi satu asas nadinya
Akan tetapi terkadang hatinya terluka

Lelaki..
Kesepiannya tak siapa peduli
Kerana org yakin dan membangga diri
Di dalam nadinya terkadang menjenggah sepi
Tak siapa memahami hanya penguasa alam ini............

Monday, March 29, 2010

DISKRIMINASI, PROVOKASI DAN KONTROVERSI


Mengapa perlu ada diskriminasi? Sedangkan setiap manusia ada cara tersendiri Pantang bertemu ada saja yg tak puas hati salah ker manusia dengan cara tersendiri

Dalam perjalan harian Provokasi dan diskriminasi sering ada Tak pernah puas dengan apa yg ada
Komen dan ayat mesti terpacul Kalau berserta penyelesaian situasi tak per juga

Teman2 ku sendiri penuh dgn provakasi dan diskriminasi Terutama golongan yg digelar HOMOSEKSUAL,TRANSEKSUAL, DAN CONFIUS DGN GENDER MEREKA Bagi aku penerimaan manusia ada pelbagai persepsi Nak kata aku moden tak juga mungkin didikan aku dari kecil supaya hargai dan hormati pihak lain

Ibuku sendiri tidak kisah aku berkawan dengan teman yg penuh DISKRIMINASI DAN PROVOKASI Sehinggakan org yg tak biasa dgn caraku mengundang kontrovesi Salah siapa mereka bergini Nak ditunding jari tak capai dek sasaran sendiri

Aku benci pada DISKRIMINAS DAN PROVOKASI yg tak berprinsip Apa salahnya berfikir sama menyelesaikan KONTROVERSI Menjadikan fikiran lebih tajam meletakkan sikap hormat Berkawan beribu tak berguna kalau terus mencari KONTROVERSI Sehinngakan jawapan tak pernah nak diberi Sebab dan musabab jadinya bergini tak siapa mahu menonjolkan diri

Aku menghormati golongan begini Dan rata2 mereka baik sekali Menghormati sikap dan penerimaan aku tersendiri Namun yg mahu berlebih2han akan buat mereka terpinggir diri Tak kisah lah nak dikutuk apabila mereka bersama kami Tapi jgn dipandang serong golongan begini Sebab hidup tak lah se 'perfect' membangga diri Aku menhormati Prinsip dan ketekunan mereka dalam menangkis KONTROVERSI

Salah sisi agama pernah benar terang sekali Namun Qada dan Qadar tertulis sejauh ini Bagaimana harus yg mengundang DISKRIMINASI DAN PROVOKASI sebab mereka menolak Qadar dan Qadar itu sendiri Jangan dibicara iman itu Kelak ia tidak ternilai dek manusia sendiri lantas boleh menjerat diri

Pedoman sebagai manusia dan pegangan harus terpatri Supaya kukuh di sudut hati Jgn suka mengundang KONTROVERSI kerana golongan sebegini ada yg celik dgn islam itu sendiri Kadang kala yg berpelajaran agama yg tinggi turut rebah ke dalam pergelutan duniawi ini

Penat dan lelah dalam menjawab pandangan serong selama ini Namun perlukah berpandangan se'negative' ini Tak slah cuba mengahayati hati mereka ini Tak perlulah samapai nak ubah diri sendiri Cara dan asas diri harus kuat menjadi diri sendiri

Sehingga ke hari ini pemikiran yang jumud terus mengundang KONTROVERSI Apalah slahnya klu berfikiran terbuka sedikir bagi ruang hati tu sejuk sikit dari perasaan busuk hati Tak salah jika mahu DISKRIMINASI DAN PROVOKASI tapi biar berpada bak hormati Cermin peribadi memang pada org yg memerhati Namun komen dan cara penyampaian biarlah sampai tiada yg sakit hati Ni klu mem'PROVOKASI' ibarat dia raja di hari ini

Aku berbicara bukan nak membela sesiapa di sini Namun kerana aku bergaul dan berkawan dgn golongan seperti ini Aku menghormati setiap cara mereka merapati diri ini Namun waspada utk tidak terikut itu perlu tinggi sekali Mereka sendiri perlu menyenangi diri ini Supaya mereka tidak terasa hati dan menyendiri Jadi apa salahnya runtuhkan tembok ego tu sedikit Bagi ruang untuk hidup aman damai di sini Ingat semua hidup hanya sekali Hayati,degari ,dan fahami apa yg tuhan berikan utk meletakkan hala tuju hidup ini................................

Friday, March 26, 2010

persoalan kehidupan???

terdetik aku menulis utk malam ini seteleh membacakan sebuah cerita dari dasar hati seorang teman yang aku anggap cukup ceria di universiti aku, benar aku terkejut dan aku fahami betapa peritnya apabila kemurungan itu datang dari dalam diri kita, susah untuk melupakan apa yang di rasa persoalan terus tertanya dalam kehidupan kita adakah harus kita mebcari jawapan atau kita harus meninggalkan persoalan tanpa jawapan.....hurmm... byk yang manusia kalut dalam mencari jawapan kepada sesebuah persoalan....air mata dan duka sering menjadi peneman kepada diri kita dalam melyari bahtera sebuah kehidupan, tapi sampai bila? kita ingin terus berduka?. Jawapan sebenarnya telah ada dalam diri kita cuma kadang2 kita kalut untuk meneruskannya kerana diri kita sendiri tak pasti tindakan dan jawapan yang kita pilih. Manusia hanya pandai mengkritik dan menyalahkan kehidupan, namun perasan kah mereka kadang kala persoalan itu berbangkit jua dalam jiwa mereka cuma ego dan sikap hasad dengki lebih menguasai segala, ya benar aku pernah juga berduka dan sehinggakan aku kalut untuk membiarkan duka aku itu menguasai persekitaran ku yg selesa, aku sering memendamkan duka dan pancarkan gembira, adakah aku seorang hipokrit?, entahlah aku sendiri kalut dalam menyatakan jawapan kehidupan ini, hanya yg bisa mengubati duka hanyalah diriku sendiri tiada yang lain. Aku menghayatkan kehidupan ini dari mata penglihatan ku sendiri, kerana aku menggangap persekitaran aku adalah cermin dalam membentuk peribadi ku kerana aku tak bisa melihat apa yang aku lakukan tapi kritikan org lain itulah yg mengajar ku erti dan jawapan kepada kehidupan. Tak perlu melenting dan tak perlu amarah kerana kehidupan itu kita yang mereka benar kata william sheakspeare "dunia adalah pentas lakonan dan kita adalah pelakonnya, skrip sudah jelas tertulis dan peranan watak kita dalam mengharunginya" konteks ayat yg cukup luas dalam menyatakan persoalan kehidupan ini namun aku percaya sekiranya kita mendengar, melihat dan menghayati kita akan jumpa jawapannya kerana tiada sesuatu yg berlaku itu tanpa sebab macam kejadian lagit dan bumi juga seperti itu juga manusia khilaf dalam segalanya tapi harus diingati bagaimana pun mencari kehidupan janagan sampai terlepas dari tali pegangan-NYA kerana menyoroti kehidupan itu terlalu byk panca robanya sehinggakan kadang kala kita jatuh terus kebawah namun kita harus kuat utk bangkit kembali kerana hidup ni putaran roda yg indah hargai setiap detik dalam kehidupan ini kerana kemanisa hidup itu adalah dtg dari sorotan kitab kehidupan diri sendiri......................

Tuesday, March 23, 2010

APA YG TERSIMPAN DLM LUBUK HATI INI???

Sering aku di ajukan soalan yg kadang kala memningkan kepala ku siapa kah aku dan apakah status relationship ku? entah lah apa yg harus ku nyatakan kepada mereka sedang aku sendiri tak pasti dengan jawapan aku sama ada aku ini masih dalam perhubungan atau aku ini seorang yg single....

Nak dikatakan aku bercinta entah lah sebab aku sendiri hilang hala tuju kehidupan aku bertanyakan pada diri aku adakah aku ini masih single atau pun sudah dimiliki....bukan kerana aku takut saham aku runtuh atau mendadak naik tapi aku risau mengharapakan suatu yang tak pasti akan kehidupan ku ini.

Benar aku pernah di uji betapa hebatnya cinta tapi kisah cinta aku itu sudah lama berlalu jauh, 2 tahun setengah kisah cinta aku sebenarnya senang cakap aku benar2 terluka yg amat sgt dan aku serik sesangat nak memulakan lagi.

 Sebagai manusia benar aku memerlukan kehadiran sesorang hadir disisi menyatakan gerangan luahan rasa yang aku pendam dan berkongsi kasih syg, tapi aku tahu aku khilaf dan lemah dari segalanya .
Susah bagi aku nak merasakan kehadiran cinta itu kerana aku sendiri telah membuangkan hati ku jauh dan mereka harus membawa dan mengajar aku kembali cinta itu bagaimana..

Kesdihan sudah lama manjadi sehabat karib ku dan setiap kali aku bersedih hanya laut sebagai peneman setia ku, aku mempunyai ramai kawan dan sahabat namun sampai bila aku harus bebankan mereka  dgn maslah mereka sendiri terus menghimpit dan membebankan mereka.

 CInta itu mmg aku anggap mulia sebab ia datang dari ALLAH dan ia merupakan fitrah yg ALLAH anugerahkan buat sekalian manusia-NYA demi merapatkan hubugan silaturrahim namun apakan daya permainan lakonan manusia lebih hbeat dari itu memperdayakan cinta utk ku yg lemah dari segala sisi ini.

 Aku kekadang sampai semua ada org yg mengatakan aku players dansering mempersendakan cinta, apakan daya aku bila mula mahu serius dengan cinta ada saja permainan yg menyakitkan hati ku ini apa sila dan salah aku tu sebab aku serik kot dgn cinta namun aku akan terus mencari dan mencari dan aku yakin ada yg menunggu ku di hadapan namun cuma satu jer yg cinta itu kekal utk aku iaitu datang dari ALLAH S.W.T yang aku ngadu dan bermanja dgn-NYA.............




Tuesday, March 16, 2010

KESERONOKAN BERGELAR FLIGHT ATTENDANT


Hari hari yang ku alami
Ada satu yang perlu ku kecapi
Bagai layang-layang yang putus tali
Akan ku teruskan mencari
Siapakah diri ini?

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku ini lah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu

Tiada lagi resah untukku
Tiada lagi rasa malu
Apa yang ku mahu apa yang ku tahu
Hanya mencari diriku
Oh.... 
Siapakah diri ini?

hurmm sering kali kalau berpeluang pergi ker airport KLIA atau LCCT pasti akan tidak terlepas mata ini untuk menyasikkan flight attendant yg terkedek-kedek menyusun gerak langkah menuju ke balai berlepas tak pun ada juga muka penuh keletihan kerana bebanan kerja sepajang penerbangan, namaun senyuman mereka tetap mekar untuk dilemparkan kepada org yg memerhati dan menunggu penumpang yang tiba dan untuk berlepas.

Namun kehidupan sebagai seorang flight attendant sering disalah ertikan oleh org ramai, dan sentiasa mereke dilemparkan dengan kata2 yg memedihkan. "alah setakat pelayan kapal terbang jer sama jer dgn pelayan restoran", tapi org yg sebegini tahu ker bagaimana berisiko nyer kerja mereka walau sebagai pelayan penumpang di dalam pesawat.


Tapi bergelar flight attendant ni  juga suatu yg agak memuaskan kerana setiap hari duty merupakan hari perlancongan bagi mereka bukan sahaja bercuti di dalam negara malahan hampir kesuluruh pelosok dunia mereka  jelajahi. Akan tetapi kerja yg tidak menentu dan masa rehat yg agak terbatas kadang2 membuatkan bergelar flight attendant ni suatu perkerjaan yang tiada life  tuk diri sendiri kerana keseluruhan masa berada di udara yg tinggi.




Setiap manusia mempunyai impian dan cita2 tetapi jgn disangkakan bergelar flight attendant setakat SPM sahaja ada juga golongan mereka ini dari golongan cendiakiawan terpelajar sesangat, walau betapa tinggi mereka meletakkan taraf hidup mereka apabila berkhidmat di dalam bidang profesional ini ego dan sikap 'double standard' mereka haruss di tinggalkan tak kira siapa mereka anak raja,dato,tan sri atau pemegang ijazah sekalipun mereka harus lakukan segala routine duty dgn amanah....





Perjalanan yg jauh bagi mereka juga kadang2 amat memenatkan namun apakan daya minat dan punca rezeki bagi sesuap nasi mereka atas di atas sana dan mereka harus berjuang demi meletakkan taraf kehidupan mereka kepada kehidupan yg dipandang oleh mata masyarakat sebagai org yg bertaraf hidup bermaruah. Jadi tak perlulah dipandang serong mereka ini kerana mereka adalah manusia juga seperti kita dan mereka juga hidup sebagai manusia yg biasa juga apabila mendarat di tanah yg rata..............




Biarkan Aku Merinduimu




Dosakah aku menyintaimu
Dan itu bukan kehendakku
Itu juga bukan kemahuanmu
Menodai percintaan ini

Dosakah aku menyintaimu
Setelah engkau dimiliki
Aku gagal memujuk hati ini
Untuk terus melupai dirimu

Izinku berteduh seketika
Merebah rindu pengubat duka
Demi ku menyintaimu
Menyayangi dirimu
Meskipun sekadar dalam mimpi

Pergilah sayang kepadanya
Kerna dia lebih memerlukanmu
Pengorbanan sudah lama jadi milikku
Jangan kau kesali

Aku tidak tahu mengapa harusku
Menyintai dirimu
Mungkinkah kau ada jawapan yang lain
Terangkah padaku
Agar tidak kusesal
Mengharap kasih pada yang berpunya
Agar kita sama merelakan

Saturday, March 13, 2010

Cinta Itu Buta

Cinta Itu ButA...
Sehjauh mana benar kata2 mengatkan cinta itu suatu yg buta? cinta itu? atau manusia itu sendiri yg buta?

Cinta Itu Buta...
Sepajang kedawasaan aku menjejaki usia 24 tahun ni aku amati telalu ramai yg menderita kerana cinta dan bermacam2 persepsi manusia itu mengenia cinta dan kadangkala aku sendiri tak mengerti apa erti cinta....

Cinta Itu Buta...
Acapkali aku celik akan mata setiap hari aku rasakan org merasakan kepedihan cinta dan kesengsaraan cinta itu. Apakah tiada lansung manis dalam sebuah perkataan CINTA? namun sebagai islam aku sendiri harus percaya cinta kerana ia telah disemadikan dlm jiwaku erti cinta itu kerana sebahagian pembinaan kehidupan manusia adalah tersiratnya zat allah yg membangunkannya.

Cinta Itu Buta...
Kehebatan cinta itu mmg tidak aku nafikan hebatnya, kerana aku sendiri pernah terluka perasaan ku dek cinta parah sehingga kan aku kehilangan separuh nafas ku dan rasa nya seperti pedih ulu hati ini utk menelan kenyataan itu bahawa cinta tiada bersama aku

Cinta Itu Buta...
Satu fitrah bagi ku bila cinta itu ada pelbagai bentuk dan adakalnya ia menjadi sonsang dek kerana hawa nafsu sehingga ada yg mengatakan 'cinta sonsang itu ibarat kurap makin digaru makin sedap', harus siapakah yg harus dipersalahkan sedangkan yg merosakkan cinta itu adalah kita sendiri sebagai manusia yg khilaf. pelbagai rupa manusia yg ingin merapati diriku dan menghampiri ku utk menyerahkan cinta tapi harus kah aku membuka ruang hatiku utk cinta sedangkan aku sendiri tiada cinta???

Cinta Itu Buta...
Perit yg ditelan rupanya terbiasa menjadi satu amaln dlm sebuah kehidupan utk trus kita berdiri kukuh sehingga kini keperitan cinta itu sendiri sebenarnya byk mengajar kita erti sebuah kehidupan dan rintagan dalam kehidupan kerana Allah tak mungkin menguji kita sekiranya dia tiada perasaan cinta.

Sunday, February 14, 2010

perbezaan kehidupan sebagai artis dan DJ

hurmmm terlalu ramai yg inginkan sebuah kehidupan yang glamor dan dihormati oleh org lain dan kadang kala jalan mudah juga sering digunakan.

Dalam realiti kehidupan manusia skunk ni ramai yg nak berkawan dgn artis dan DJ. Tapi bagi aku biasa jer berkawan dengan mereka kerana aku menghormati karier mereka dan aku rasa tah lah megah untuk war2kan aku berkawan dgn mereka kerana aku sendiri pun tak suka glamour tu.

Hurm klu dilihat pada kehidupan artis mereka ini perlulah sering bersaing untuk mendapat kan tempat di hati produser dan peminat tak lari juga dgn kehidupan seorang DJ semakin hebat musik yg mereka putarkan semakin ramai akan berkunjung utk melihat aksi persembahan lagu2 mereka. Memanglah kehidupan DJ ni th semeriah kehidupan artis tapi konsep dan putaran hidup mereka ttp sama.

Bersaing, Dikhinati, Gosip dan pelbagai lah karenah org yg cuba merapati mereka klu mereka tak layan pulak lain jadi ceritanya tak semengah lah dan lain2 bagi aku dalam kehidupan ini mereka adalah tetap manusia yg punyai akal,hati dan perasaan so just hormati jer mereka so tak yah lah nak menumpang galmour mereka dan kadang2 kita ni lebih glamour dari golongan mereka so ayat aku senang jer tak luak pun jadi glamour ssh kan hidup aku jer...........

Tuesday, February 9, 2010

Peritnya cinta



Semalam aku bertemu dengan sorang rakan yg menceritakan kesedihannya kepadaku sian aku tgk dia menangis dan terus menjaja simpati rakan2.

Dia sebenarnya telah jatuh cinta dengan sorang mamat ni boleh tahanlah aku tengok dia,
tapi yang sedihnya kawan aku ni kenal dia melalui ym dan mamat ni lah leh laks proposed kawan aku ni baiknya dlm ym jadi semalam mereka ni jumpa lah di rumah mak angkat mamat ni.

Kawan aku ni punya lah baik siap msg2 dgn mamat ni HUBBY lagi kat mamat ni, dan mamat ni siap panggil kawan aku ni SAYANG lagi mahsyuklah aku tgk jiwang katakan, mlm tu wak2 dia org ni merendek2 kawan aku ni pelik sgt2 tgk hp mamat ni tak berhenti2 masuk msg and called2 yg dia rasa curiga.

Kawan aku ni pun tanyalah dengan selamba jerk,

SAYANG: Hubby msg dgn siapa tu?
HUBBY : Kawan2 dari universiti suruh b mai sana
SAYANG: kenapa nak sorok2 dari syg?
HUBBY : alah borak2 biasa jer...

then hp laks berbunyi

HP: XXXXX
HUBBY : ish mana ada hubby sorang jer ni duk tggu syg called;
HP : XXXX
HUBBY : yer ker alah hubby kan milik syg sorang jer tak der sapa di hati hubby pun hurm takkan syg tak caya hubby kot?
HP : XXXX
HUBBY : hurm syg hubby nak kuar sat k kuar pi makan jap later kita msg2 k bye i love u muaaaaaaahh....

kawan aku ni panas hati terus tanya siapa tu? dgn selamba mamat ni leh cakap skandal yg listed on be special kawan aku ni apa lagi drama lah sebabak tanya siapa laks dia di hati mamat ni, mamat ni trus jawab 'i hope ur never keep hard feeling on me because for me love don't means anything on me' kawan aku ngadu rasa cam nak pijak jer muka mamat ni.

kawan aku ni cuba lah berlagak simple until mamat ni hantar dia lik kampus sampai kampus akulah sesaran kawan aku tempat kawan aku ni nak pinjam shoulder apa lagi mlm bagaikan duhujani ribut petir tsunami tak kesampaian.

Apa yg leh aku bagi nasihat yerlah

Dalam percintaan ni tak semua manusia akan mencari sesuatu itu yg benar2 mereka mahukan, kadang2 ada juga selok beloknya. Aku juga pernah merasi sakitnya cinta yg begini. Akan tetapi apa yg aku lakukan adalah redha segalanya dan percaya ia bukan diciptakan utk ku berkongsi rasa dan kasih.

Dunia ni ibarat putaran roda sekali ia naik tak bererti dia tak berda di bawah, suatu hari dia juga akan ketemui perasaan yg telah dia wat pada kita.Kita tak perlu mendoakan apa yg leh kita lakukan hanya berserah dan pasrah mmg kadang kala ia perit tuk kita lafazkan dgn kata2 tapi itulah hakikat sebuah kehidupan yang nyata.

Apabila cinta itu ada di depan mata kita kadang2 kita tak hargainya tetapi bila ia hilang kita akan rasa kehilangannya yg teramat sgt dlm hidup ni dan kita memerlukan kehadirannya apa yg harus kita lakukan jadi seorang yg pemaaf dan saorang yg meredhakan insyallah suatu hari kita akan temui sebuh cinta yg maha hebat dari ini

Hapuslah air matamu sahabt sesungguhnya dugaan itu akan terus menduga kita jika tidak bersedia jadikan hari ini suatu pengalamn tuk masa depan kita supaya kita kukuh dan kuat tuk mehadapi hari2 mendatang.................

Monday, February 1, 2010

31/01/2001 BERMULA SATU DAERAH USIA KE 24






hurm..bosan ku dengan aktiviti kuliah yg menyesakkan kepala dan pikiran sedar atau tak aku sudah tiba hari terakhir bulan januari esok birthday aku hurm petang hari sebelumnya aku di kenalkan dengan seorang sahabat kawan mr.W kepada kawan baik aku di universiti.

Pertemuan yg cukup simple dan havo dgn lawak2 aku disulami dengan satu rasa rupanya mr.W berada dalam dilema hati dan perasaan yg pedih....sakit....dan terluka ouchhhh satu rasa yg pernah kurasa dahulunya sehinggakan aku sakit dan tak mampu berdiri dgn kuatnya seperti sekarang

Nasib mr.w amat berbeza dgn ku kerana dia dah merancang utk hidup bersama si Dia tapi malang si DIa melayan jantan lain laks adussss. Tapi nasihat ku hanya leh kukatakan ia mengambil masa yg lama tuk diubati kerana luka dalam adalah hal yg sensitif.

Pengalaman yg kubawa untuk ubati hati ini adalah dengan bercerita dgn si MAHA PENCIPTA. Dia Maha mengetahui segala-galanya rahsia luar dan dalan hatiku ini. Alhamdulilah 2 tahun lamanya aku memendam rasa akhirnya hati ini pulih sedia kala, Mr.W amat aku harapkan semoga Allah terus memelihara nya dari sebarang celaan manusia.

Menjelang 31 Januari aku dapat satu idea giler dari kawan baik aku dan Mr.W kami berpakat nak pi snorkeling di pulau pangkor wah tak sangka murah giler pi sana



TIKET PI BALIK:MYR 10.00
TEKSI: MYR 14.00 (SEHALA)
SNORKELING : MYR 15.00

Satu percutian yg menyeronokkan sambil dalam masa satu hari bawah seratus jer semua dapat ku hajati bercuti dan sambil tu mereleasekan tension di kepala ku dan sambil tu pujuk Mr.W punya hati dgn celoteh lawak2 antarabangsa yg tak berapa menjadi. Kesan Percutian ku apa lagi sunburn lah aku sampai skunk hurm dah jadi kambing hitam universiti ni hadusssss hangus pokcik ngeehh.....tapi ia saat yg menyeronokkan sebelum aku meninggalkan 23 tahun dlm usia ku thanks to MR.FAHMI, MR. ZUHAIR and MR.W tak lupa wat semua nyum3 aku hehehe i loikes yahooooooo............